Pembaca KAMI

Monday, August 30, 2010

bengkel anyaman siri 1

pada 25 ogos 2010 KAMI seramai 20 orang beserta en yaakob n en nik telah ke pusat kraf kuala pilah bg mendapat serba sedikit ilmu mengenai anyaman rotan..

pada semester ini KAMI dikehendaki menyempurnakan satu tugasan amali kraf tradisional iaitu membuat anyaman... sampai di Kuala Pilah ini kami bergerak ke bengkel utk memulakan program.. disini kami dibekalkan dengan semua peralatan, bahan dan juga tenaga pengajar dengan bayaran hanya RM13... jadi kami untuk memudahkan proses pengajaran pihak kraf membuat keputusan dan kami bersetuju untuk membuat base anyaman dalam bentuk bulat.... jadi anda semua sudilah saksikan sedikit gambar kenangan yang diambil ini..


mendengar taklimat


jaja...
tasya...
akim..sedang membuat base
tia..masih tersenyum...belum sakit tngan lagi nih
yeah...go mimi
rina..buat sendiri la...
ayu nya pika...baru memulakan anyaman

KAMI yg rajin
ni la en yaakob..
cipol....sedang menyembur tembikai laici..eh silap..air paip...air n disembur tujuan nk lmbutkan rotan
yea...ilah
mira n en yaakob...
rafhan pandang apa tu?

azni..tia...bergabung...meletup
ni la en nik..dia siapkan satu bekas letak pensel utk amin..tapi x leh lawan,,kami besar
ahong...
pika n intan mendapatkan bimbingan
mira...
en yaakob n cipol...

hehhee...ini la serba sedikit gambar yang ada dalam kamera jaja...kepada yg x termasuk dalam gambar sori eh....
nnti kita posing lagi...

Monday, August 23, 2010

Sale Raya..Sale kah?


Perbandingan harga yang agak 'melampau' sebelum dan selepas jualan promosi. Perhatikan tarikh yang tertera pada kedua-dua label.



MUKADIMAH:
JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.

Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai ‘duri dalam daging’ terhadap masyarakat di negara ini.

***********************************


PETALING JAYA: Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.

Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.

Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.

Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya.

Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan.

Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.

Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini.

“Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri saya terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Ogos 2009.

“Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah,” katanya.

Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.

“Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang ‘alah membeli menang memakai’.

“Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah,” katanya.

Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka di negara ini saban setahun.

p/s: so pengajaranY, kpd sesapa yg dok nk shoping raya tuh, pkir la leklok dlu ek..klu rajin tgkla tarikh kt tag harga 2 utk mndptkn kesasihan promo yg dibuat 2 ek..hoho..smoga elaun yg dterima dpt dimanfaatkn sebaikY..wah XD..

Wednesday, August 18, 2010

amali anyaman rotan

semester ini KAMI perlu menjalanakan 2 amali iaitu untuk membentuk & membuat binaan dan mengenal kraf tradisional...
untuk amali KAMI dikehendaki menghasilkan

KOMPONEN : seni kraf anyaman
bahan : buluh ,rotan,pandan,mengkuang dan bemban.....
saiz : 30cm x 30cm x 30cmtugasan : hasil seni kraf anyaman yg dicipta dihasilkan dalam bntuk 3d bermotifkan tradisional dan sesuai digunakan sebagai alat domestik.
jadi pensyarah telah memutuskan untuk menghasilkan ANYAMAN ROTAN

jadi disini ada sedikit nota mengenai anyaman dan juga anyaman rotan...


SEJARAH SENI ANYAMAN



1.Dipercayai seni kraf tangan muncul dan berkembang tanpa pengaruh luar.

2.Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama.

3.Hasil kraf tangan dijadikan alat untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah untuk anak saudara atau sahabat handai sebagai tanda kasih atau kenang-kenagan.

4.Seseorang wanita dianggap tidak mempunyai sifat kewanitaan yang lengkap jika dia tidak mahir dalam seni anyaman.

5.Proses anyaman biasanya dijalankan oleh kaum wanita; lelaki hanya menolong menetap daun dan memprosesnya.

6.Perusahaan anyaman biasanya dilakukan secara individu dan secara kecil-kecilan yang merupakan satu usaha ekonomi bagi orang-orang di kampung.

7.Kini,terdapat organisasi dan perbadanan yang mengusahakannya, dengan skala yang besar seperti cawangan-cawangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Persatuan Gerakan Wanita Felda, Pusat Kraftangan Felda, dan sebainya.

8.Hasilan anyaman bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan pelangan.Hasilan anyaman tidah terkongkong dalam bentuk tradisional sahaja. Ciptaan dimensi baru dari segi rupa dan bentuk, warna dan corak, teknik dan bahan sering diubah-ubahkan mengiikut peredaran zaman dan cita rasa pelanggan.

9.Bahan-bahan asas untuk anyaman ialah:-

**Pandan atau mengkuang.
**Nipah.
**Bertam.
**Buluh.
**Paku-pakis ribu-ribu.
**Bemban.
**Daun serdang.
**Rotan.
**Rumput-rampai.
**Lidi.



PENGENALAN ANYAMAN



Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba.

Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima pengaruh luar. Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai.

Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan kepada fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian.

Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering digunakan ialah daripada tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan nipah. Berdasarkan bahan dan rupa bentuk anyaman yang dihasilkan, seni anyaman ini merupakan daya cipta dari kelompok masyarakat luar istana yang lebih mengutamakan nilai gunaannya. Walau bagaimanapun pada sekitar tahun 1756 hingga1794 telah terdapat penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada rotan tawar dan anyaman daripada bemban.

Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-satu anyaman waktu yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan cuaca yang redup atau dingin, daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah. Biasanya beberapa orang melakukan anyaman ini berkelompok di halaman rumah atau beranda rumah pada waktu malam, petang atau waktu-waktu senggang pada sebelah pagi (jika kelapangan, kerana waktu pagi biasanya dipenuhi dengan kerja-kerja tertentu).

Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya hingga kini ialah tikar. Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau menyimpan bahan-bahan keperluan hidup dan kegunaan seharian. Beberapa daripada rupa bentuk ini ialah bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan sebagainya.

Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan kelarai (motif) dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk" (selalunya unsur alam) sementara corak dimaksudkan kepada susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif. Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai "gadas". Terdapat kira-kira 51 jenis kelarai yang berdasarkan unsur-unsur alam semulajadi seperti unsur-unsur tumbuhan dan binatang.

Di sesetengah tempat kelarai dimaksudkan kepada anyaman yang diperbuat daripada buluh dan digunakan sebagai dinding atau penyekat ruang rumah. Sementara di sesetengah tempat lain anyaman seperti ini diperbuat daripada bahan bertam yang disebut sebagai tupas. Ciptaan kelarai atau tupas lebih kukuh, tegas dan kasar bersesuaian dengan fungsinya sebagai penyekat ruang. Tiada bukti yang jelas untuk menetapkan tarikh bermulanya penciptaan kelarai. Melalui kajian yang dibuat dapat dikatakan bahawa penciptaan kelarai dalam anyaman merupakan satu perlakuan yang telah lama berlaku.

Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias anyaman di mana ia akan mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk. Teknik sulam adalah teknik susun susup. Kesan bentuk bunga yang dibuat lebih merupakan kesan geometri asas seperti susunan bentuk tiga, segi empat, potong wajik dan sebagainya lagi.

Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang unik lagi rumit buatannya. Namun begitu, usaha untuk mempertahankan keunikan seni ini haruslah diteruskan agar tidak ditelan peredaran zaman. Budaya negara bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat resam bangsanya tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerja tangan bermutu tinggi. Seni warisan yang unik ini wajar diberi perhatian, sokongan dan bantuan supaya dapat terus dipelihara dan dimanfaatkan bersama.

Zaman dahulu menganyam tikar,
Sunyi menyepi desa terpinggir,
Seni anyaman haruslah diajar,
Jangan tinggal sebutan dibibir.

Buluh muda mudah dilentur,
Buat ampaian penyidai jala,
Semangat juang belum luntur,
Seni anyaman jangan dilupa.


1.Anyaman adalah satu proses menjalin atau menjaring-jaringkan helayan daun, buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribuatau bahan bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik menyelang-nyelikan helayan antra satu sama lain.

2.Seni anyaman merupakan sejenis kraftangan yang rumit yang memerlukan kesungguhan, kesabaran, kecekalan, dan ketekunan mengerjakannya.

3.Menganyam memerlukan kepakaran tukang, penumpuan yang penuh dan ketelitian semasa menganyam, keahlian mereka bentuk untuk menghasilkan reka cipta yang unik, idea yang asli, dan dapat mengekalkan budaya Melayu asli.

4.Kehalusan seni yang tulin dan berlain dengan ciri-ciri anyaman lain yang didatangkan dari luar Malaysia.

5.Terdapat banyak kawasan di Malaysia yang menjalankan kegiatan seni anyaman tradisional dengan menggunakan bahan yang berlainan.

6.Perusahaan anyaman daun pandan banyk dijalankan di negeri Terangganu, Pahang, dan Kelantan.

7.Negeri-negeri Perlis, Kedah, Perak, dan Melaka terkenal dengan perusahaan anyaman mengkuangnya.

8.Kegiatan seni anyaman buluh terkanal di Sabah dan Sarawak.Di Sabah, seni anyaman buluh boleh didapati di Kampung Benoni di Papar, manakala di Sarawak seni ini boleh didapati di Semeba, Sri Aman, Betong, dan Matu.

9.Negeri-negeri di Malaysia barat yang menjalankan perusahaan anyaman buluh ialah Kedah, Perlis, dan Pahang.

10.Daerah Temerluh, Pahang banyak mengeluarkan hasilan anyaman rotan.

11.Perusahaan anyaman lidi terdapat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan juga di Kampung Timbang Dayung di daerah Kota Belud, Sabah.

12.Kawasan yang terkenal dengan hasilan anyaman paku-pakis ribu-ribu ialah negeri Terangganu dan kampung Tinanggol di daerah Kudat, Sabah.

13.Hasil anyaman yang dihasilkan di Malaysia kebanyakannya berubah alatan kegunaan harian seperti tikar, bakul, bekas serbaguna, topi, tudung saji, tabung duit, nyriu, dulang, pengayak, penapis, sudip, dan sebagainya.

14.Terdapat juga hasilan anyaman yang dicipta untuk memenuhi citarasa semasa seperti bingkai cermin, beg tangan, bekas pensel, perabot, terendak lampu, bakul buah, barangan hiasan dinding, terompah, barang perhiasan, pengadang, dan sebaginya.



note anyaman di ambil diatas daripada blog : http://langkahanyaman.blogspot.com/






seterusnya mengenai anyaman bakul




BAHAN-BAHAN UNTUK ANYAMAN BAKUL



Rotan Putih sesuai untuk kegunaan kraftangan

Lazimnya berbagai-bagai jenis rotan dijumpai di kilang-kilang memproses bahan-bahan rotan. Sebilangan kecil rotan halus yang sesuai digunakan dalam pelajaran kraftangan . Rotan putih yang digunakan ialah rotan 2.5cm yang dibelah menjadi halus.

Pengurusan Rotan

Terdapat 2 jenis rotan putih iaitu rotan putih lembut dan keras. Untuk melembutkan rotan tersebut, air digunakan dan bahagikan yang keras dengan yang lembut. Rotan yang keras dijadikan rotan menegak(longitud) dan yang lembut dijadikan rotan mendatar(latitud).


ALATAN MENGANYAM ROTAN


1. Pembaris digunakan untuk mengukur

2. Gunting - boleh gunakan sebarng gunting

3. Screw driver digunakan untuk membuka mata anyaman(lubang anyaman) untuk memasukkan rotan tambahan,menyudahkan anyaman dan memasangkan pemegang bakul.


klik disini utk maklumat mendalam

http://nurh4nim.tripod.com/anyambakul.htm


ini plak sedikit maklumat mengenai BAKUL


BAKUL



Bakul merupakan salah satu seni anyaman yang lazimnya dibentuk daripada anyaman buluh, rotan, bemban atau mengkuang. Beberapa teknik digunakan bagi menghasilkan bakul di mana buluh dibelah menjadi saiz lebih kurang satu sentimeter terlebih dahulu. Bilahan buluh tersebut hendaklah dijemur beberapa lama sehingga kering. Bahagian dalam buluh itu hendaklah dibuang kira-kira setebal 0.5 cm. Saiz bakul yang dihasilkan adalah bergantung kepada jumlah bilah yang menjadi asas/dasar bakul. Bilah-bilah buluh tersebut dianyam secara bersilang dan kemudian antara bilah-bilah buluh tersebut diselitkan. Ia dilakukan secara berterusan sehingga membentuk sebuah bakul. Bakul akan diwarnakan menggunakan varnis atau mengikut warna yang digemari supaya ia kelihatan lebih cantik dan menarik.


Kegunaan bakul adalah sebagai bekas untuk membawa, menyimpan, menyukat, menakung dan sebagainya. Contohnya, bakul berkaki dianyam rapat dari tapak ke atas daripada buluh, bertiang buluh sebagai kaki, mulutnya yang berbingkai yang beranyam tulang belut dengan menggunakan batang ribu-ribu adalah digunakan untuk menyimpan atau mengisi beras atau padi.

Bakul lengkung pula berbentuk cekung dan beranyam rapat digunakan untuk mengisi beras, padi, kekacang dan sebagainya.

Bakul tapis adalah bakul yang digunakan untuk menapis atau mengeringkan beras dan lain-lain selepas dibasuh.Biasanya bemban digunakan untuk bakul bagi tujuan lain.



terima kasih kepada blogger2 yg memasukkan maklumat ini...KAMI meminjamkan ilmu itu kedalam blog ini...

Monday, August 9, 2010

bersama tutor....

pada 9/8 2010 kelas KAMI telah mengadakan gathering bermain bowling bersama tutor di Seremban Prade...aktiviti ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang telah terjalin sekian lama dan mendekatkan lagi diri dengan tutor peribadi..kedua-dua tutor iiaitu en kamal dan en pozi telah menghadirkan diri..namun hanya en kamal saja yg bermain...anyway thanks en pozi sudi menjenguk KAMI bergembira di sana...

seperti biasa KAMI kan suka bergambar...jadi saksikan ye aksi2 menarik KAMI...


bergambar sebelum memulakan game





suhaib....lambat

yeah...budak baik yg x brapa baik

our tutor..en kamal
semangat!!
go rafhan!! go intan!!
go ilah......
ilah n en kamal
bergambar bersama ayahanda

termenung x dapat score ke kak?
senyum je masa 1st g
go mira......
go rina........
aik dah ceria kembali muka
rina..akim..bergabung..meletup.....
champion??
ilah n ati...
comei la ni...
BUDAK PERASAN BAEK...


elyn.......



go tia......
yeahhh..go intan!!
ilah lagi...
jaguh kampung...ati
azni..mari tiru gaya KU,,

KAMI sempat bergambar kenangan bersama ayahanda tercinta en kamal sebelum dia pulang...
lepas en kamal balik KAMI meneruskan lagi 1 game...






ilah yg ringan...

go mimi...go mimi...
selesai solat maghrib kami konvoi ramai2 ke ampangan utk dinner....
kat sini sempat lagi kami menangkap gmbar kenang-kenangan...

budak baru baik dari chicken pox makan chicken chop..eh fish n cip la..
muke bahagia leh makan chicken chop

bersabar menanti makanan
jom makan....

nak tengok lebih banyak klik here!!!
http://www.facebook.com/profile.php?id=1622183245&v=wall#!/album.php?aid=60856&id=1622183245&ref=mf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...