unit sidang produksi media-berita SIPMA III ni dah dibahagikan mengikut bahagian2 tertentu iaitu sidang pengarang, unit fotografi dan unit reka grafik dan rekabentuk. biasanya waktu pagi, unit produksi ni akan senyap sebab budak grafik dan rekabentuk akan balik tdo. mereka ni burung hantu. wartawan plak kuar gi wat liputan.
bebudak sidang pengarang ni terdiri daripada wartawan dan ketua editor iaitu saudara syafiq aiman. biasanya lepas balik dari venue, semuanya akan sibuk wat report dan kerja deadline. pastu takut mulut editor kami tuh menjerit mintak antar berita cepat kat dia... hisss... kadang2 bengang gak.. huhuhu...
tengok laa kami ni.. heehe.. ada rupa wartawan berkaliber tak? haha... ni masa kami belom diarahkan untuk pakai t-shirt yang disediakan khas sepanjang kejohanan berlangsung. semua duk "berjangok" tapi lepas tu.............. haha..
seperti yang diketahui, kami dah dibahagikan dengan tugas wartawan untuk wat liputan kat venue tertentu. so, kami akan bergerak ke venue game masing2 mengikut jadual yang telah ditetapkan.
malam hari isnin hari tu, kami ada majlis perasmian kejohanan SIPMA di Stadium Titiwangsa. ramai gak bebuudak maktab lain yang terlibat sebab penganjuran ni, IPGM yang jadi tuan rumah. but actually, hampir sati stadium tertutup tuh dipenuhi oleh pelajar IPRM. majlis perasmian ni telah disempurnakan oleh timbalan menteri pelajaran, datuk dr ir wee ka Siong..
sebenarnya tak semua press terlibat untuk wat liputan kat majlis perasmian ni, tapi bertapa kami nak datang jgk kat majlis ni, kami sanggup siapkan berita kami sebelum maghrib. kononnya nak ambik ati ketua editor supaya dia bawak kami malam tuh.. im ngan tasya siap antar 6 berita sekali gus. last2, kami dapat pergi jugak. kalo korang perasan, persmian ni siap kuar TV lagi. dan muka nina adalah terselit masuk tv tuh waktu dia jadi jurufoto tangkap gambar menteri tuh..
pastu, kami juga sempat sambut beday ilah.. walaupun terlewat satu hari.. tapi kami tak lupa tau.. sambutan biasa je.. tapi ok la kan. asalkan ada.
rasanya cam ilah tau je malam tu kami nak suprise kat dia.. dia biasa je.. hehehe.. ijad yang bawak kat dia..
ilah potong kek yang telah dibeli dan dipilih oleh geng cokeng.. hehe..
hahaha... padan muka ilah kena calit ngan kek. habis muka ngan tudung dia..
kami with beday girl...
hari-hari seterusnya, macam biasa. pagi lepas bekfast, kuar gi venue cari berita. balik terus wat report. kemudian antar kat editor untuk diedit. kalo bernasib baik, kuar la brita tu..
kadang-kadang masa kuar wat liputan, sempat lagi kami gi jalan-jalan. waktu wat liputan di Hotel malaya untuk perkampungan atlit, kami gi ronda2 kat Petaling Street, kemudian, sape yang wat liputan untuk hoki lelaki siap bleh fly ke KL Sentral. hehe.. kami yang bertugas ke Stadium Nasional Bukit Jalil pun tak melepaskan peluang. asal ada waktu free, kamera pun laju je mensnap imej2 kami yang menarik ni.. hehe....
ada masa kami kena tunggu sampai subuh baru bleh balik tdo untuk bantu diorang wat printing. maklum la buletin kami tu, dilipat secara manual. hehehe..
unit Statistik dan Pelaporan yang dianggotai oleh bebudak maktab Ilmu khas dah senyap dah. namun mesin cetak di unit kami masih lagi meneruskan bakti sampai la hari menjelang siang.
kemudian paper buletin kami ni akan dibawa ke lokasi oleh wartawan yang bertugas..
rasanya, setakat ini dulu untuk makluman korang semua ek.. nantikan je entry yang seterusnya pasal SIPMA ni..
k, cau cin cau.... see you later..
daaaaaa....