Pendekatan adalah jalan yang diambil semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Dengan kata lain, pendekatan ini merupakan penentu bagaimana ilmu itu hendak disampaikan. Kalau diterjemahkan dalam bahasa yang mudah, jika seorang ayah ingin menyempurnakan keinginan anaknya yang selalu meminta barangan yang tidak mampu dia belikan, dia mungkin menggunakan jalan yang kotor iaitu mencuri , merompak mahupun merampas barangan tersebut daripada orang lain ataupun dia menasihatkan anaknya agar bersabar kerana dirinya sukar untuk mendapatkan barangan tersebut dalam masa singkat kerana kekangan duit. Selain itu, kita juga boleh membayangkan bahawa pendekatan itu adalah jalan yang dipilih oleh seseorang umat untuk berjaya ataupun tidak dalam kehidupan mereka.
Di dalam Bahasa Melayu, terdapat 4 pendekatan yang selalu digunapakai oleh guru Bahasa Melayu.Pendekatan-pendekatan itu adalah seperti
- pendekatan induktif,
- pendekatan deduktif,
- pendekatan eklektik
- pendekatan komunikatif.
Pendekatan induktif bermula dariapada spesifik kepada umum . Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Pendekatan Induktif melibatkan pengumpulan dan pentafsiran maklumat-maklumat yang kemudiannya setiap maklumat ini akan berubah kepada kesimpulan. Murid dibimbing oleh guru bagaimana untuk berfikir, mengkaji, mengenalpasti seterusnya mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan seseorang guru boleh membanu pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperoleh. Selain dalam matapelajaran Bahasa Melayu, matapelajaran lain juga menggunakan pendekatan ini iaitu seperti matapelajaran Matematik dan Sains banyak menggunakan pendekatan induktif.
Menurut B.Seaton(1982), pembelajaran melalui pendekatan ini disamakan dengan seorang murid mengalami proses mental yang mana ia memerhati peristiwa tertentu untuk memperoleh satu kesimpulan. Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah menggunakan contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru. Setiap guru boleh menggunakan gambar, video ataupun hasil karya dalam penyampaian maklumat kepada murid-murid. Murid-murid juga digalakkan mengemukakan contoh-contoh yang diketahui oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat kesimpulan. Soalan-soalan ini adalah berkaitan dengan contoh-contoh yang telah dipertunjukkan kepada murid-murid. Sebagai contoh, Bagaimanakah anda menghadapi situasi banjir di rumah?. Seterusnya, guru perlu memberikan peluang kepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis contor agar generalisasi dapat dibuat. Untuk lebih memudahkan murid menguasai peraturan-peraturan umum yang diperoleh daripada fakta ataupun contoh khusus, guru perlulah merancang aktiviti berkisar daripada contoh yang telah diberikan.
Secara umumnya, jenis pendekaran induktif digunakan bergantung pada hasil pembelajaran yang diinginkan.
Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik. Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana pelajar bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu. Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
Pendekatan ini mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada hukum-hukum atau tertentu. Pendekatan ini bermula dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan tertentu dan dari sini pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum melalui contoh atau mengaplikasikan peraturan yang telah diberikan. Secara ringkasnya, seorang guru akan mengemukakan satu konsep, hukum atau kesimpulan dengan menerangkan definisi sebelum memberikan beberapa contoh untuk memperjelas kefahaman. Pelajar perlu menaakul untuk mendapatkan contoh tertentu daripada peraturan umum.
Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukif dan deduktif. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai pelajar pelbagai kebolehan. Ada kala kaedah induktif lebih sesuai digunakan untuk segelintir murid manakala ada pula murid yang akan memahami dengan jelas melalui kaedah deduktif.
Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif. Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif. Strategi pengajaran menggunakan pendekatan eklektik boleh dilakukan dengan dua cara iaitu mirip kepada pendekatan induktif ataupun P&P yang lebih mirip kepada pendekatan deduktif. Pendekatan ini banyak digunakan dalam pengajaran Sains danMatematik. Guru boleh mengaplikasikan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan dalam P&P. Kebanyakkan guru akan menggunaka pendektan ini dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun melapor. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-harian. Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah untuk tujuan komunikasi.Pendekatan ini wujud kerana pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar daripada konteks wacana. Hasilnya, pekajar tidak akan menguasai kecekapan berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah perlu agar pelajar dapat membuat pemilihan struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.
Prinsip-prinsip pendekatan komunikatif ini adalah berkaitan dengan pengetahuan murid dalam aktiviti yang akan dilakukan . Setiap guru haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid dapat menggunakan bahasa dalam berkomunikasi. Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan. Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-harian.
Kebolehan pelajar melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap warganegara yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik.Kita harus melahirkan pelajar sebagai pemikir berkesan dan ini merupakan matlamat penting dalam dunia pendidikan. Jika kita inginkan murid bertidak secara efektif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, maka kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment