strategi pengajaran dalam apa subjek pun sama kan...
jadi kat sini nak kongsikan strateginya...
note yang dimasukkan di rangka untuk strategi P&P PSV..walaubagaimanapun tetap boleh digunakan cuma ubah contoh dan masukkan contoh yang bersesuaian dengan subjek anda...
Strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV
Strategi merupakan suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Strategi yang yang terdapat dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual ialah :
i. Kemahiran Berfikir
kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencarikan makna dan pemahaman sesuatu serta menyelesaikan masalah. Kemahiran ini melibatkan pemikiran kritis dan kreatif semasa aktiviti P&P. Kemahiran yang digunakan seperti mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan yang berkaitan dengan kehidupan harian. Kemahiran ini di aplikasi dalam PSV dengan menggunakan pemikiran secara kritis untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluative. Selain itu, pelajar boleh menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif membantu mencerna dan menghasilkan idea asli yang yang bersifat generatif.
ii. Kemahiran Belajar cara belajar
Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.
iii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Strategi ini merupakan teknologi pengajaran yang berkesan berbantukan penggunaan ICT. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet. ICT di aplikasikan dalam PSV dalam bentuk berikut :
- Mod Penemuan iaitu memahami sesuatu konsep seperti perisian simulasi
- Mod resos iaitu aktiviti melalui internet , muat turun untuk mencari bahan.
- Mod perhubungan ialah menghantar dan menerima e-mel
- Mod sokongan seperti memproses perkataan , pereka bentuk grafik.
iv. Kajian Masa Depan
Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. Contohnya, murid diberi tugasan menghasilkan rumah idaman saya. Jadi murid akan berfikir jauh ke hadapan memikirkan rumah yang di inginkan apabila dewasa kelak.
v. Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Dalam P&P pendidikan Seni , kecerdasan visual ruang lebih difokuskan dimana murid perlu berkebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang , warna dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan visual secara ruang secara grafik.
vi. Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.
iv. Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. Melalui pembelajaran ini murid dapat memproses maklumat dan pengetahuan baru dengan cara bermakna. Contohnya, murid mengaplikasikan pengalaman melihat cara hidup di kampung nelayan untuk melukis suasana di kampung nelayan.
Vi – Pembelajaran Masteri
Pendekatan masteri merupakan pendekatan yang berfokus kepada penguasaan pelajar dimana murid-murid perlu memahami satu unit pengajaran dahulu sebelum berpindah kepada unit yang lain. Pembelajaran ini di aplikasikan dengan melalui pemulihan kepada murid yang lemah manakala murid yang sudah memahami pelajaran diberi pengayaan. Setelah semua murid dapat menguasai kemahiran yang diingini barulah berpindah kepada kemahiran lain. Contohnya, sebelum mengajar melukis guru menekankan terlebih dahulu teknik lakaran bentuk asas.
******diubahsuai oleh ilah