Pembaca KAMI

Showing posts with label ::FriendS::. Show all posts
Showing posts with label ::FriendS::. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

Jamuan Akhir & Penyampaian Anugerah KAMI

selepas final exam berakhir & sebelum masing-masing balik ke rumah @ kampung halaman masing-masing, KAMI telah mengadakan satu jamuan akhir sebagai pelajar seni IPGKRM..kira jamuan perpisahan la gak..beberapa anugerah gak disampaikan pada hari tersebut..anugerah-anugerah ni KAMI buat sesaja untuk suka-suka & pemenang bagi setiap anugerah ni dipilih berdasarkan undian oleh KAMI sendiri kecuali 4 anugerah utama yang pemenangnya ditentukan oleh pensyarah..para pensyarah seni turut dijemput tapi tak semua dapat datang disebabkan komitmen masing-masing..so jom usha sekitar majlis ni

Ketua Jabatan, En. Norazlan memberikan ucapan

the star of the day: Baby Irdina Safiyya Idris

Monday, February 14, 2011

LONTAR PELURU


untuk pembelajaran GERKO -OLAHRAGA pada hari ini, kami telah mempelajari kemahiran acara lontaran iaitu acara lontar peluru..

sepanjang pembelajaran hari ini, lecturer kami, Encik Arshad telah menunjukkan serba sedikit tentang teknik dan kemahiran asas lontar peluru dan menerangkan kepada kami tentang peratuean dan kaedah mengukur jarak pencapaian dalam acara ini..

lagak Lydia waktu sesi percubaan dan latihan..

cipol sambil di'sokong' pasukan sorak kat blakang tuh..

ijad..... 'spinning throw'

posing ngan peluru... hehe


SEJARAH

1. Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh.

2. Asal usul Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19.

3. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.

4. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru.

5. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta.

6. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904.

7. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang.

8. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.Peraturan dan pertandingan. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini.

9. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini.

10. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik.

11. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama.

12. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas.

13. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.

14. Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000.

PERATURAN DAN PERTANDINGAN

1. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini.
2. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.
3. Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.
4. Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.

terdapat beberapa jenis gaya yang boleh dipraktikkan untuk terlibat dalam acara ini..

GAYA 90 DARJAH / GAYA 1,2,3


1. Dalam gaya 90 darjah atau Gaya 1,2,dan 3,peserta Baling Peluru akan berdiri 90 darjah ke arah tempat membaling.Ini bererti peserta akan berdiri dengan bahu kirinya(untuk pembaling tangan kanan) di arahkan ke tempat membaling.
2. Tempat berdiri dalam bulatan-jika lunsuran digunakan,peserta akan berdiri di satu tempat hampir-hampir di belakang bulatan tetapi jika lunsuran tidak diguna ( dalam gaya berdiri),peserta akan berdiri hampir-hampir depan bulatan.
3. Selepas perdirian ditetapkan,peserta akan membenam peluru kerusok tengkuknya atau pun ia akan menempatkan peluru betul-betul di bawah dagunya.Pada waktu ini,keberatan badan adalah di kaki belakang atau di kaki kanan.
4. Kaki kiri atau kaki depannya pula adalah dalam keadaan yang “relax” .Tangan yang tidak memegang peluru juga dalam keadaan yang “relax” tetapi dibengkok sedikit di siku dan ditempatkan di depan paha kiri atau diangkat dan dibengkok di hadapan badan.Keadaan ini ialah untuk menimbang badan.
5. Kedudukan tapak kaki-tapak kaki belakang adalah dalam lebih kurang 45 darjah menghala kebelakang dan tapak kaki depannya pula adalah lebih kurang selari dengan garisan tengah bulatan.

LUNSURAN : ( GAYA 90 DARJAH/ GAYA 1,2,3

Lunsuran dilakukan bila peserta mula berdiri di belakang bulatan.Lunsuran dilakukan seperti berikut:

1. Membongkokkan badan atau merendahkan kedudukan badannya.sebagai persediaan melunsur.
2. Semasa badan direndahkan,badan juga mengilas kebelakang sedikit,sambil kaki bebas pula,dihayun atau diterajang ke belakang untuk membolehkan kaki kanan melunsur ke depan.
3. Semasa lunsuran berlaku,peserta diingatkan supaya tidak menegakkan badan.
4. Sebelum lunsuran berhenti badan seharusnya mula mengilas sebagai persediaan membaling.
5. PERINGATAN : Lunsuran sepatutnya dilakukan lurus ke depan.

MEMBALING

1. Pergerakan melunsur tadi diteruskan dengan licin dan serentak dengan tekanan dari kaki lunsuran dan tolakkan tangan yang memegang peluru hinggalah badan terangkat dan terdiri di atas kaki lunsuran(di depan sekarang) dan pada masa yang sama juga peluru dipandu keluar tangan.
2. Kedudukan badan yang melenting ke belakang,kepala terlanggut dan tekanan kaki lunsuran yang kuat tadi akan menghasilkan satu penerbangan peluru ke atas dan ke depan dalam satu bentuk “parabola” yang cukup berkesan.
3. Perkara yang betul-betul boleh menghasilkan balingan yang baik ini ialah kejayaan mencantumkan pergerakan lunsuran dan balingan dengan balingan dengan penuh kelicinan serta pula teknik pergerakan yang pertama hinggalah peluru berlepas tangan.

SELEPAS MEMBALING

1. Disebabkan tekanan kaki lunsuran tadi,maka badan akan terangkat sehinggalah kaki lunsuran terangkat ke depan.
2. Pergerakan ini yang sebenarnya ialah membolehkan peserta menimbangkan dirinya supaya ia tidak terlajak ke depan hingga terkeluar bulatan atau terpijak lengkong penampan yang di depan atas garisan bulatan.
3. Disamping pergerakan ini berlaku,tangan bebas dan tangan yang membaling juga akan diguna untuk membantu menimbang badan.Kepala yang melanggut semasa balingan tadi terus melanggut memerhatikan penerbangan peluru hinggalah peluru mendarat di tempat balingan.

tengok gaya yang Ijad buat ni.. lecturer kami cakap, ijad telah menggunakan teknik O'Brien... iaitu satu teknik balingan gaya belakang.....


1. Gaya O’Brien adalah satu lagi gaya membaling peluru dan gaya ini adalah dianggap satu gaya yang terkemuka dan saintifik.Sebagaimana yang telah diterangkan awal-awal tadi,gaya ini mendapat namanya disebabkan seorang peserta yang namanya sendiri O’Brien.

2. Gaya ini juga dikenali sebagai Gaya membelakang sebab perdirian persediannya adalah dalam keadaan membelakang ke arah tempat membaling.


PERDIRIAN PERSEDIAAN

1. Peserta akan mengambil tempat dalam bulatan hampir-hampir disebelah belakangnya dan ia akan berdiri membelakang ke kawasan membaling.

2. Pesera tangan kanan akan berdiri di atas kaki kanannya dan kaki kirinya pula direnggang ke belakang dalam jarak 10 hingga 14 inci jauh bergantung kepada tinggi badannya.

3. Tangan kanan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu atau pun ditekapkandi rusuk leher.

4. Tangan bebasnya pula akan diangkat ke atas melebihi paras kepalanya.

5. Kepalanya tegak memandang ke depan.


LUNSURAN

1. Bongkokkan badan supaya kaki belakang atau kaki bebasnya terangkat ke paras pinggang.
2. Pada masa ini kaki depan atau kaki perdirian akan dibengkok di lutut dan dalam masa yang sama atau serentak kaki ini juga akan dilunsur ke belakang(mengundur) terus ke depan bulatan untuk kilasan membaling.

3. Semasa melunsur peserta mestilah kekalkan kedudukan badan yang rendah dan kaki yang melunsur hendaklah sentiasa rapat di atas muka bumi.
4. Kesalahan biasa : ramai peserta tidak melunsur ke belakang tetapi mereka melompat ke depan.


KILASAN MEMBALING

1. Lunsuran dan kilasan mestilah satu pergerakan yang bersambung dan licin.Ini bererti bahawa peserta tidak berhenti selepas lunsuran tetapi ia akan terus mengilaskan badannya sebelum tamat lunsuran.

2. Perbuatan tersebut akan memberi lajak dan tekanan yang berlebihan untuk mencapai balingan yang cukup kuat dan kencang.


BALINGAN DAN SELEPAS MEMBALING

1. Teknik dalam bahagian ini adalah sama sahaja seperti teknik dalam Gaya 90 darjah.




OK.... sekarang mari kita tengok aksi2 balingan sebahagian rakan-rakan kami nih.. tapi tak dapar nak masukkan semua.. lambat sangat nak upload.. hehehe..

Ah hoong...

rina....

syamimi..

Natasha...

intan...

akem...

Friday, February 11, 2011

PERMAINAN TRADISONAL..tak lapuk ditelan zaman!!

sem ni kami amik subjek pentadbiran dan pengurusan pendidikan jasmani...jadi dalam tu ada la bab pengurusan permainan tradisional..jadi dalam bab ni kami akan belajar apa itu permainan tradisional,pengurusan , perancangan dan pengelolaannya..jaid kami perlu mengetahui jenis-jenis sistem pertandingan,sistem undian,dan sebagainya...jadi sekarang apa kata kita tahu serba sedikit mengenai permainan tradisional...


" Menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu seperti dalam kes masyarakat kita permainan gasing, wau dan dam menjadi permainan tradisional."

terdapat pelbagai jenis permainan tradisional ni...contohnya...
  • galah panjang
  • teng-teng
  • aci sorok
  • cari cucu/nenek sibongkok
  • konda kondi
  • batu seremban
  • gasing
  • guli
  • jala itik
nak tau cara permainan ni semua klik la disini
http://malaysiana.pnm.my/03/03pengenalan.htm

Masyarakat kita masih lagi memainkan permainan ini tetapi semakin lama semakin dipinggirkan terutama oleh masyarakat muda di negara ini yang terlalu mengutamakan permainan moden...walaupun masyarakat diluar sana semakin melupakan permainan tradisional tapi tidak bagi KAMI...


jadi kelas PJ pada petang jumaat diserikan dengan gelak ketawa sekumpulan remaja yang kembali kepada zaman kanak-kanak riang...bermain melupakan keperitan hidup wah!!permainan pertama adalah tuju kasut..tapi disebabkan tak da selipar kami gunakan kon..fleksibel kan..biasalah cikgu perlu bijak menanggani masalah.....


ni proses mencabut undi

nak cabut undi banyak caranya..antaranya adalah
  • tepuk daun
  • berbisik
  • cabut bilah lidi
  • ram-ram rip
  • melambung benda/atau alatan
  • meneka benda dalam genggaman
  • lambung duit.....

bagi menentukan giliran bermain kami menggunakan cara"wan to som"

kumpulan 1 yg diketuai oleh tasya...memulakan permainan

ijad dari kumpulan 2...bersemangat!!

cipol...semangat mengangkat tangan untuk mendapatkan bola..mesti nak tuju rafhan ni...

kumpulan 2..berbangga dapat membina semula susunan kon

kumpulan 1..penat mematahkan ketangkasan kumpulan 2

giliran mereka

ha!!ni la lecture kami..en latfi..sporting kan..dia pun bermain..dia main rounders dengan budak kelas PK...kami bahagi 2 permainan

go encik!!

di sebabkan dah penat main tuju kasut a.k.a tuju kon..kami main pula aci duduk/tat duduk/aci ligan...berbeza panggilannya...yang pasti cara permainannya seorang akan mengejar rakan-rakan yang lari bertempiaran..sekiranya dia menyentuh rakannya orang tersebut akan mendapat giliran mengejar mangsa..permainan ni dimainkan sampai bosan/penat


ni nak menentukan sapa yang kena jadi...atau mangsa yang bakal dibuli...


disebabkan tenaga untu berlari kami ni dah berkurangan kami pun berehat...sambil berehat masa lapang diisi dengan perkara berfaedah seperti ini!!!


bersantai di padang.....seronok!!

landing lagi....
membentuk bulatan
friendship forever n ever

THANKS FRIEND

Terima kasih diucapkan kepada sahabat KAMI iaitu elyn yang sudi melukis rakannya..katanya dia wat sketching ni sebab bosan masa hujung minggu...macammana pun sketch ala-ala karikatur +anime ni cantik menarik..kebanyakkan pemilik berpuas hati...karya ni hak milik peribadi pelukis..model-model hanya diberi peluang tengok karya dan save gambar je...

KAMI amat berbangga dengan bakatnya..setiap waktu kuliah dalam kelas memang wajib la dia wat skething xkira la muka sapa pun..kadang-kadang lecture kat depan..rakan-rakan yang sedang buat pembentangan...biasanya hasilnya menjadi dimana perwatakan setiap individu jelas kelihatan cuma kadang-kadang kadarbanding je kurang..tapi tetap menarik tau...bila ala-ala karikatur ni x kisah sangat kan...

hanya 10 orang bertuah sahaja yang dilukis pada siri pertama ni...

jadi mari kita tengok bakat rakan kita...

ni rina..PKU kami
ni plak nina....peace!!
lydia..siap ada gajah..sebabnya dia bawak watak gajah masa berlakon
tasya..yang ni kurang menjadi sikit..susah nak cam masa mula2.,,,
ni rafhan...yang ni memang menjadi...

intan...sengihnya napa macam tu...
im..watak yg jelas dekat spek

ni ilah...jelas skali watak dia dekat mata..mata besor!!

ni cipol..taik lalat mahal..survey mengatakan tak adil sebab gambar dia kacak!!euuuuwww

akim......baru perasan akim ada taik lalat jugak...

lastly...KAMI mengucapkan TQ so much kepada elynn...KAMI berharap lagi 10 orang rakan akan dilukis....

Thursday, January 27, 2011

Mesyuarat Praktikum & Potong Kek Kak Rina

jst some pics from her brief bday celebration..majlis potong kek kak rina ni berlangsung kt kafe pd mlm 25 jan lalu iaitu pd hari kelahiran kak atie..hoho..majlis ni actually lebih kpd sesi jamuan selepas mesyuarat tergempar praktikum KAMI..chewah..so mekaceh la bebanyak ye buat kak Rina aka PKU KAMI kerana menyediakan hidangan kek yg lazat itu sbg supper pd mlm itu..wah ^_^

kak PKU KAMI memotong kek bday beliau:)


kek delish yg mnjadi mangsa pd malam kejadian


so alkesahnya, mlm 2 KAMI tlah mngadakan 1 mesyuarat tergempar mengejut yg tlah dihadari smua ahli KAMI bg membincangkn @ makluman update terbaru berkenaan penempatan skolah bg praktikum pd bulan Mac depan..berikutan sedikit masalah teknikal, klas KAMI tlah tercicir drpd pemberitahuan berkenaan penghantaran nama bg penempatan praktikum..maka penempatan kami telah dibuat secara rawak oleh pihak yang berkenaan..

antara KAMI yang hadir


apa pun mekaceh bebanyak buat PKU yg bertungkus lumus cuba membantu memperbetulkn keadaan..namun apakan daya nasi tlah menjadi bubur..maka mahu x mahu, terimalah shj ketentuan yg tlah diberikan dgn seadanya ye..wah..of cos masalah utama mestilah isu pengangkutan..papepun kita sama2 je la ikhtiar jln bg memastikan praktikum kali pertama KAMI ini akan berjalan dgn lancar & baik..wish us e very best of luck ok..peace ^_^

Monday, January 24, 2011

Slamat Hari Kelahiran!!!

bulan januari da nk abes..tp ujung2 bulan ni la rmai ahli KAMI ni nak meningkat tua..ops..hahaha..so buat akak2 sume, slamat hari kelahiran ye..ekeke

buat pengetahun smua..anak kedua (akak sulung KAMI e lyn - tua stahun je) dlm beradik KAMI ni ialah kak Pika @ Saadiah @ Syikin @ Daina (nama terbaru) yg dgn rasmi tlh menamatkn usia 21 thnY pada 7 Januari yg lepas..dia ni katanya matang (menurut tuan empunya bdn la)..tp ntahla dmana kesahihanY tu..hahaha..kta tgk la tahun ni smada dia akn menunjukkn x kematangan dia tuh..lalala

kak daina meniup "api lilin" dgn gumbira;p


then bbrp hari yg lpas bsmaan ari sabtu 22 januari adalah ulangtahun kelahiran kak Rina la puloks aka PKU KAMI sem ni - smoga peningkatan usia menjadikan beliau lebih berdedikasi dlm mnjlnkn tggungjwb demi agama, bangsa & negara..wah!;p

kak nina & kak rina bergabung, meletops!!!


selang 2 ari kmudian, iaitu 24 januari (arini lah tu), giliran kak Nina plak potong kek (bebetol ptg kek ni, bukan memain)..katanya dia x suka potong kek sendiri, tp smbut bday org dia suka..motif? ekeke;p


3 dara pingitan -dr kiri; adik mira yg x cukop umo (bulan doblas..ololo..cian;p), kak nina & bakal "akak" azni;p


tp x abis lg taw..esok 25 januari, hari kelahiran kak atie lak menjelma..& akhir skali, kak azni pon tanak ketinggalan gak so dia memutuskn utk lahir pada 27 januari..hohoho

kek bday kak nina


so tamatlah kisah kelahiran d bulan januari..next kta tgu lah bulan2 seterusnya ye..adios

p/s: tema kek bulan januari ialah tiramisu -pengaruh drama tv3 ke? haha;p

Sunday, August 1, 2010

"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"

Persahabatan itu spt tangan dgn mata..
Saat tgn terluka, mata menangis..
Saat mata menangis, tangan menghapuskannya..

"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"

When is Friendship Day?

Celebrate Friendship Day 2010 on August 1, Sunday
Human beings are social creatures and have always valued the importance of friends in their lives. To celebrate this noble feeling it was deemed fit to have a day dedicated to friends and friendship. Accordingly,first Sunday of August was declared as a holiday in US in honor of friends by a Proclamation made by US Congress in 1935. Since then, World Friendship Day is being celebrated every year on the first Sunday in the month of August.

It may be noted that some associations celebrate Friendship Day in an entirely different time of the year and with different customs. For instance,
  • National Friendship Day is on the first Sunday in August.
  • Women's Friendship Day is on the third Sunday in August
  • International Friendship Month is February
  • Old Friends, New Friends Week is the third week of May.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain,tetapi iaianya bermula dari memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.

kerinduan adalah menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya, karana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.

Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnyapersahabatan , namun ada juga yang begitu kecewa kerana dikhianati sahabatnya.

Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan- dikecewakan, didengar- diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

jangan menyalahkan orang lain kerana mereka tidak memahami apa yang sedang kita alami, namun salahkan diri sendiri kerana tidak mampu memahami orang lain.. hidup kita dikelilingi oleh orang yang selalu mengambil berat tentang kita.. ambil yang positif dan timbangkan yang negatif..


Each friend represents a world in us, a world possibly not born until they arrive, and it is only by this meeting that a new world is born.


If you want to win friends, make it a point to remember them. If you remember my name, you pay me a subtle compliment; you indicate that I have made an impression on you. Remember my name and you add to my feeling of importance..


Friendship isn't always easily described. The Eskimos, they say, have a hundred different words for snow. Unfortunately, the English language isn't quite as innovative, though it has vast opportunities to differentiate meaning. Certainly, Love is one of those opportunities. And so, too, is Friendship.

Instead of different words, however, we're stuck with simple adjectives. Close friend. Best friend. Childhood friend. Intimate friend. Trusted friend. Beloved friend. But whether you use adjectives or different words, few could deny the nearly infinite meaning in such a simple word.

Friends are special people. We can't pick our family, and we're sorely limited in the number of them at any rate. Society and mores (and often our own conscience) dictate we select a single mate. But our friends can be as diverse and infinite as the adjectives we choose. Our friends, in a very real sense, reflect the choices we make in life
.


Best friends we are ,
Best friends we'll be,
For always forever,
You and Me!

Longer than a phone call,
Deeper than the sea,
All this belongs to us,
You and Me!

Put it in a bottle,
Never let it free,
keep it in your heart,
You and Me!

I hope you read this poem,
Remember it for me,
Look after it with care,
You and Me!


Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu..

renungkanlah....

Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani ~ Khalifah Ali bin Abi Talib

kasihanilah musuhmu, berbuat baiklah pada orang yang membenci kamu, mintaklah berkat bagi orang yang mengutuk kamu. Berdoalah untuk orang yang mencaci kamu ~ confusius
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...