Pembaca KAMI

Showing posts with label BAHASA MELAYU. Show all posts
Showing posts with label BAHASA MELAYU. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - TEATER PEMBACA

  • Teater pembaca melibatkan  pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek.
  • Teater pembaca dikenali sebagaiteater mindakerana audiens dibiar untuk membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca.
  • Skrip boleh berupa prosa naratif atau puisi.
  • Suara-suara dalam teks ditugaskan kepada pembaca yang berbeza.
  • Penekanan dilakukan pada suara, nada, intonasi, kadar, hentian dan tekanan.
  • Ketika murid-murid membaca, wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran dalam dimensi yang luas.
  • Melalui teknik teater pembaca, murid-murid membaca cerita dengan lancar.
  • Murid-murid juga menggunakan nada dan intonasi yang betul berdasarkan cerita di samping melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan tema cerita.
  • Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka.
  • Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid-murid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka.
  • Aktiviti teater pembaca memerlukan skrip pendek yang sesuai dan mengandungi dialog.
  • Pemilihan seorang murid sebagai pencerita untuk memulakan cerita dan menyambung jalan cerita adalah diperlukan hingga cerita tamat.
  • Murid-murid yang mengambil bahagian dikehendaki duduk atau berdiri dalam separuh bulatan di hadapan penonton. Pencerita pula berada di sebelah kanan penonton, manakala pelakon membaca cerita masing-masing
  • Terdapat dua cara untuk menjalankan teknik teater pembaca seperti yang dikemukakan oleh Kamaruddin Hj.Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1998), iaitu (a) pencerita berada dalam kelompok cerita dan (ii) pencerita berada di luar kelompok cerita.
  • Pencerita yang berada dalam kelompok cerita, membaca skrip sambil berjalan ke arah pelakon yang wataknya sedang dibacakan.
  • Pelakon tersebut akan berdiri apabila wataknya dibacakan.
  • Pencerita yang berada di luar kelompok cerita pula hanya membaca cerita dari suatu tempat lain.
  • Pelakon pula hanya akan bertindak balas dengan berdiri dan berlakon apabila skrip tentang wataknya dibacakan oleh pencerita.

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - BIMBINGAN MENJANGKA

  • Bimbingan menjangka adalah bimbingan yang diberi oleh guru khususnya untuk membantu murid membaca dan memahami.
  • Hj Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman, Elly Chong, 1992:86), mengistilahkan bimbingan menjangka sebagai aktiviti membaca terarah.
  • Aktiviti bimbingan menjangka digunakan untuk membimbing murid membaca dan memahami petikan, rencana dan karya sastera.
  • Aktiviti ini juga sesuai untuk mengajar bacaan dan kefahaman kepada kumpulan kecil atau keseluruhan kelas.
  • Terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh guru dan murid ketika menjalankan aktiviti bimbingan membaca
  •  

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - LINGKARAN SOALAN

Lingkaran soalan yang sesuai digunakan oleh guru berupaya memantapkan penguasaan kemahiran membaca dalam diri murid-murid. Lingkaran soalan yang digunakan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca sewajarnya dijalankan berdasarkan pendekatan yang sesuai. Sehubungan itu, Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (187:160) telah mencadangkan empat pendekatan yang sesuai dijalankan dalam KBSR yang diistilahkan sebagai pendekatan A, B,C dan D. Setiap pendekatan ini mempunyai lingkaran soalan yang boleh digunakan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca.

PENDEKATAN A
  • Guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakannya, berbual tentang gambar dan menyerapkan isi pengetahuan daripada mata pelajaran lain.
  •   Guru seterusnya menunjukkan kad perkataan dan meminta murid menyebutnya.
  •   Murid diminta melekatkan kad perkataan pada gambar dan menyebutnya.
  •   Setelah guru mengenepikan kad gambar, murid diminta pula membaca kad perkataan.
  •   Guru turut menunjukkan kad-kad suku kata satu persatu untuk perkataan tadi misalnya, suku kata ba + ju.
 Akhirnya, guru membahagikan suku kata tadi pada huruf dengan menggunakan kad lain lalu meminta murid-murid membunyikan huruf-huruf itu, iaitu a (a), b (beh), u (u), j (jeh) = ba (ba) + ju (ju) = baju.

PENDEKATAN B
  •   Pada peringkat permulaan, dua huruf sahaja diperkenalkan kepada murid-murid, iaitu huruf m dan s.
  •   Tujuan pengenalan kedua-dua huruf ini adalah untuk menarik minat murid di samping mempastikan mereka memahami konsep bunyi huruf.
  • Guru seterusnya menunjukkan kad huruf m dan s lalu membunyikan kedua-duanya, manakala murid mengikut sebutan guru.
  •   Guru berulang kali menunjukkan kad huruf dan membunyikannya hingga murid dapat menyebutnya dengan betul.
  • Guru seterusnya meminta beberapa orang murid membaca bunyi huruf-huruf tersebut secara kumpulan dan individu contohnya, mu….ka, sa…ya.
PENDEKATAN C
Melalui pendekatan ini, Raminah Sabran dan Rahim Syam (1987:169-172) telah mengemukakan lapan langkah pelajaran yang berbeza. 

Sehubungan itu, lingkaran soalan yang boleh digunakan oleh guru adalah berdasarkan kelapan-lapan langkah pelajaran tersebut.

PELAJARAN 1 ATAU 2
  •   Guru memulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal, a, i, u .
  •   Kad imbasan digunakan untuk meminta murid membunyikan huruf tersebut beberapa kali secara berselang seli.
  •   Guru memperkenalkan bunyi satu huruf konsonan misalnya, k.
  •   Murid diminta menggabungkan bunyi konsonan dengan bunyi vokal supaya menjadi suku kata contohnya, ka ki ku.
  • Murid-murid diminta lagi untuk berlatih menyebutnya sebelum diminta mencantumkan suku kata tersebut untuk menjadi beberapa perkataan yang bermakna contohnya, ka+ki = kaki dan ku+ku = kuku. 
Murid-murid diminta menyebut perkataan tersebut berulang kali dan menggabungkannya menjadi frasa atau ayat yang bermakna contohnya, kuku kaki ku

PELAJARAN 3
  • Guru mengulang pelajaran lalu tentang bunyi huruf vokal a, i, u.
  •   Guru memperkenalkan pula satu atau dua lagi bunyi konsonan, iaitu b dan s.
  •   Guru meminta murid-murid melakukan latih tubi menyebut kedua-dua bunyi tersebut dengan menggunakan kad imbasan.
  • Murid-murid diminta mencantumkan bunyi huruf b dan s dengan huruf-huruf vokal a, i dan u agar menjadi bunyi ba, bi, bu, sa, si dan su.
  • Latih tubi dilakukan lagi sebelum murid-murid diminta mencantumkan suku kata tersebut menjadi perkataan misalnya, ba+ba = baba, bu+bu = bubu.
  •   Guru membina beberapa ayat dan meminta murid membacanya contohnya, ibu baba.
  •   Akhirnya, guru meminta murid membina perkataan dan ayat-ayat lain serta membacanya.

PELAJARAN 4
  • Guru boleh menggunakan huruf-huruf dan suku kata dalam pelajaran 1, 2 dan 3 untuk membina pelbagai perkataan dan ayat untuk meminta murid membacanya.
  •    Seterusnya, guru meminta murid mencantum suku kata contohnya, ka, ki, ku, ba, bi, bu menjadi beberapa perkataan dan meminta murid membacanya.
  • Guru turut membina beberapa ayat misalnya, Abu buka buku untuk murid-murid membaca.
  • Guru turut menggantikan perkataan Abu dengan perkataan lain misanya, baba atau ibu sebagai latih tubi murid.
  • Guru seterusnya meminta murid membaca ayat contohnya, ibu baba buka buku baba.

PELAJARAN 5
  • Guru memperkenalkan kepada murid-murid bunyi dua atau tiga konsonan lain misalnya, t, m dan d.
  • Guru meminta murid membina suku kata misalnya, ta, ti, tu.
  • Seterusnya, guru meminta murid membina perkataan misalnya, dada, muda, uda dan membacanya.
  •   Akhirnya, guru meminta murid membina frasa dan ayat daripada perkataan berikut misalnya, (i) dada dia budi ibu,           (ii) mata dia budi uda.

PELAJARAN 6
  • Guru meminta murid membina perkataan suku kata tertutup misalnya, du+duk = duduk, lalu membacanya.
  • Murid-murid seterusnya diminta membaca ayat-ayat lain dan cerita berkaitan misalnya, muka budak itu masam, budak itu sakit kaki, ubat sakit kaki tidak ada.

PELAJARAN 7
  •   Guru memperkenalkan bunyi tiga konsonan lagi misalnya, r, p, n.
  •   Guru dan murid mencantumkan bunyi-bunyi konsonan ini dengan bunyi-bunyi vokal, a, i, u.
  •   Guru meminta murid membina perkataan dan ayat-ayat baharu berdasarkan suku kata dan perkataan yang telah dipelajari dalam pelajaran ini dan pelajaran sebelumnya serta berlatih membacanya.

PELAJARAN 8
  •   Guru memperkenalkan bunyi vokal-vokal lain, iaitu o, e (pepet),e (taling).
  •   Guru meminta murid membina suku kata berdasarkan huruf vokal o misalnya, bo + tak = botak.
  •   Guru seterusnya membina suku kata dengan vokal e pepet dan e taling untuk membezakannya misalnya, emak dan esok.
  •   Guru meminta murid membaca beberapa frasa atau ayat misalnya, (i) kotak besar itu di situ (ii) ekor kuda.
  • Guru seterusnya meminta murid mencantum suku kata untuk menjadi perkataan atau ayat yang bermakna dengan menulisnya di papan putih dan murid membacanya.
  • Akhirnya, guru memperkenalkan lebih banyak huruf konsonan misalnya, l, g, h, f, j, c, y, z, w, q dan x serta memperkenalkan bunyi gabungan lambing huruf dalam ejaan misalnya, ng = bising, nga = bunga, sy (sya) = syarat, gh (gha) = ghaib dan ny = nyanyi.

PENDEKATAN D
  • Melalui pendekatan ini, guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakan serta berbual tentang gambar tersebut.
  •   Guru memperkenalkan nama huruf-huruf tunggal misalnya, b, a, j, u dan meminta murid menyebutnya.
  •   Guru meminta murid mencantum huruf b dengan huruf a dan menyebutnya serta huruf j dan huruf u dan membunyikannya.
  •   Seterusnya guru meminta murid mencantumkan kedua-dua suku kata dan menyebut perkataan, iaitu baju.
  •   Guru menunjukkan pula kad perkataan baju dan meminta murid menyebutnya.
  •   Guru mengulang untuk perkataan lain.
Akhirnya, guru menunjuk gambar dan perkataan yang telah dipelajari lalu bertanya, “Ini apa? kepada murid-murid

p/s : nota kuliah daripada Dr Faridah Nazir...

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - TEKNIK KWLH


APAKAH KWLH?
  •   Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari. 
  •   Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. 
  • Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis.  
 K
What  I know
  •   Know (Tahu)
  •   Murid-murid mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk atau perkara yang akan dibincangkan.
W
Want (Hendak/Ingin Tahu)
  • Murid-murid mencatat maklumat yang ingin diketahui dengan lebih lanjut berdasarkan tajuk atau perkara yang dibaca.
L
What I learned
  •   Learn (Pelajari)
  •   Murid-murid dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bahan bacaan berdasarkan tajuk atau teks. Dengan perkataan lain, murid-murid menjawab soalan yang dibina sendiri.
H
How much I want to know
  •    How (Bagaimana)
  •     Murid-murid dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks yang diberi. Murid-murid juga berupaya mengemukakan cadangan untuk merujuk sumber lain.

BAGAIMANAKAH CARANYA?
  • Guru menyediakan tajuk dan memberi borang KWLH kepada pelajar.
  • Guru berbincang dengan pelajar tentang tajuk dan meminta pelajar mengisi ruanagan ‘K’ ( apa yang saya tahu) berkaitan dengan tajuk.
  • Guru meminta pelajar mengisi ruangan ‘W’ ( apa yang saya ingin tahu) tentang tajuk yang diberi.
  • Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca dan mencatat isi-isi penting dalam ruangan ‘L’ ( apa yang saya telah pelajari).
  •   Guru berbincang dengan pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari dan meinta pelajar mengisi ruangan ‘H’ ( bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tambahan) berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. 
    K
(know)
    W
(want)
    L
(learned)
    H
   (how)





p/s :nota kuliah daripada Dr.Faridah Nazir...

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - TEKNIK SQ3R

APAKAH TEKNIK SQ3R ITU?
  • Teknik SQ3R digunakan oleh guru   untuk membimbing pelajar bagi meningkatkan kemahiran belajar pelajar.
  • Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir . 
  • Ini semua dapat dilakukan dengan  memberi penekanan kepada tinjauan
  • Maklumat diperoleh melalui penyoalan. 
  • Pengukuhan maklumat dibuat dengan menyatakan kembali dan menyemak semula 
  
APAKAH YANG BERLAKU PADA SETIAP PERINGKAT BACAAN?

1.   Survey
  Murid-murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahaman masing-masing. Mereka hanya memfokuskan terhadap bahan atau teks yang berkaitan tajuk utama, sub tajuk/tajuk kecil, gambar, symbol, ilustrasi, grafik dan pemenggalan teks.Teknik bacaan yang sesuai digunakan ialah teknik skimming dan scanning.

2.Soalan (Question)
  • Pada peringkat ini, pelajar  membina soalan daripada tinjauan yang telah dilakukan.
  • Soalan boleh dibina dengan menggunakan    prinsip 5W 1H iaitu
what (apa?),
when  (bila?),
where (di mana?),
why (mengapa?),        
who (siapa?)  
how (bagaimana?).
  • Dengan pertanyaan ini pelajar  akan       tertumpu kepada mencari jawapan bagi       soalan-soalan yang dibina.
  •  
3. MEMBACA  (READ)

      Murid-murid menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati yang terkandung dalam teks. Soalan tersebut adalah berdasarkan perkara yang ingin diketahui oleh murid-murid tentang topik/isu dalam teks. Soalan tersebut juga adalah penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi di samping merupakan panduan kepada jawapan sebenar. Murid-murid akan mencari jawapan dan ramalan jawapan yang paling sesuai.

  4.  4. RECITE (MENYEBUT/MENGULANG)
 
Setelah murid-murid membaca keseluruhan teks, mereka dikehendaki mengingat kembali kesemua atau sebahagian maklumat yang terdapat. Murid-murid perlu menyenaraikan maklumat yang berkaitan soalan atau tugasan sebelum dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks. Murid-murid juga boleh mengemukakan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat dalam teks serta membandingkan ketepatan jawapan masing-masing.

5.    5. REVIEW (MENYEMAK)  
     Pada peringkat ini, murid-murid dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis atau dicatat. Ini adalah peringkat untuk mengesahkan jawapan yang dikemukakan oleh murid-murid pada peringkat recite (menyebut/mengulang). Murid-murid perlu mempastikan bahawa semua bahagian sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Murid-murid sepatutnya tidak tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question (menyoal).

      TUJUAN SQ3R
  • Membolehkan pelajar membaca secara kritis.
  • Meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang bahan tersebut untuk   dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar.
  • Menarik minat pelajar untuk membaca perkara-perkara yang hendak diketahui.
  • Mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang belum diketahui lagi .

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA


Teknik pengajaran kemahiran membaca  yang dibincangkan meliputi 

(i) Survey, Question, Read, Review, Recite, (SQ3R);
(ii) Know, What, Learn, How, (KWLH), 
(iii) Lingkaran Soalan
(iv) Tatacerita,          
 (v) Bimbingan Menjangka dan 
(vi) Teater Pembaca

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...