Pembaca KAMI

Showing posts with label ::katakami::. Show all posts
Showing posts with label ::katakami::. Show all posts

Friday, October 14, 2011

Hanya setahun lagi…



Sedar tak sedar dah 4 tahun setengah kita bersama…..
Hanya setahun lagi..
Kita bersama…..
Kemudian masing-masing keluar mencorak kehidupan sendiri….
Entah apa kan akan jadi pada kita semua…
Mungkin ada yang bertunang, kahwin, malah ada yang ada anak nanti…
Itu kisah 2 3 tahun selepas keluar…
Kalau dah 10 tahun apa akan jadi…mungkin ada gak beralih arah jadi pensyarah mungkin…..

Kawan…
Lagi setahun lagi kita bersama….
Di penghujung perjuangan ni  kita asyik mengimbas kenangan lama…
Dari minggu orentasi sehinggalah sekarang…
Ada yang dimarah…digertak…..mengalir air mata ketakutan…
Ada yang jatuh…bukan jatuh menyembah bumi..malah jatuh hati….
Itu baru kisah orentasi…..

Kisah zaman persediaan….
Ada yang bermasam muka…
Ada yang terasa sana terasa sini…
Sampai sesi luahan rasa menjadi penutup segala ketegangan….
Ala-ala sesi pengadilan kan masa tu….
Macam di mahkamah pun ada…
Ada yang marah, kecewa,terasa,terguris…
Tapi semua tu berhasil sampai bercucuran air mata membasahi pipi…
Tapi Alhamdulillah semua tu air mata keinsafan…
Yang membawa kita membina ukhuwah yang lebih utuh…

Dah masuk tahun 1…
Semua dah  matang, kacak dan bergaya…
Makin senior la katakan…
Perangai tetap dengan kecoh dan riuh rendah..
Masa ni ahli kita makin bertambah…
Ada seorang puteri menggenapkan kita menjadi 20….
Lengkap menjadi sebuah keluarga berayah dan beribukan pensyarah disini…..

Dah masuk tahun ke-2 …
Terus matang….kacak dan bergaya…
Bertambah-tambah senior….
Macam-macam kenangan dicipta…
Dari hingusan dah mula tunjuk belang…
Bertambah senior kan…
Junior dah bercambah….

Dah masuk tahun ke-3…
Dah berwibawa..berdedikasi….berwawasan..
Dah jadi guru katakan..
Tapi guru praktikum…
Dah macam-macam pengalaman kita dapat kan…
Dari sekolah yang cantik..buruk…besar kecil..
Cikgu yang baik..cantik..sombong…peramah …malas…semua ada…
Murid pulak macam-macam..
Dari yang bijak,nakal,malas hinggalah yang busuk…wangi….
Kita redah ja kan..
Asalkan lulus praktikum…
Biar bersengkang mata tulis “diari” untuk mengajar…
Kita tak pernah kisah..
Walaupun sebenarnya kita sebenarnya MALAS….
Tapi demi LULUS atau mungkin A kita kejar semua tu….

Lagi setahun lagi…
Ayuh kawan-kawan kita ciptakan segala kenangan yang indah…
Mari kita lakarkan senyuman…
Mari kita guriskan kenangan
Mari kita warnakan persahabatan
Biar menjadi lukisan teragung dalam hati kita...
Agar menjadi ikatan yang kukuh selamanya…… 

p/s : ini bukan puisi bagai ye... contengan sajo.....

Friday, January 28, 2011

Encik Ketam Yang Suka Makan Kek

well, bulan januari ni almost like e month of cakes..sbb ramai ahli KAMI yang menyambut bday pd bulan ni & byk jugak lah kek yg muncul utk disantap..wah;p..antara yg mndapat santapan kek istimewa termasuklah si encik ketam ^_^

si encik ketam yang terliur menatap kek istimewa


encik ketam ni sbenarnya anak eh silap, hasil kerja tangan salah 1 kumpulan pembentangan bagi subjek Multimedia Kreatif yg dianggotai oleh KU & PKU KAMI iaitu, Suhaib & Rina, bersama Tya & Rafhan..yg ni kiranya hasil akhir bg contoh aktiviti P&P PSV yg telah dibantu dengan persembahan multimedia interaktif yg merupakan tugasan sebenar bagi minggu tersebut..sronok jga buat bahan multimedia interaktif ni sbnrnya..tp hasil multimedia interaktif yg KAMI hasilkn 2 x dpt plak nak ditunjukkn dlm blog ni sbb terlampau interaktif..wah XD

encik ketam membaham kek istimewa


manakala kek bday istimewa 2 plak adalah hasil akhir bg proses P&P oleh kump Ilah, Jaja, Atie & Pika..kiranya kek bday khas buat Atie & Pika yg menyambut bday bulan jan ni kot..hoho..malangnya kek tsebut terlalu sedap untuk dimakan..klu nak taw resipinya, boleh la bertanya kpd chef2 yg berkenaan..hoho..sekian terima kasih;)

Monday, January 24, 2011

Slamat Hari Kelahiran!!!

bulan januari da nk abes..tp ujung2 bulan ni la rmai ahli KAMI ni nak meningkat tua..ops..hahaha..so buat akak2 sume, slamat hari kelahiran ye..ekeke

buat pengetahun smua..anak kedua (akak sulung KAMI e lyn - tua stahun je) dlm beradik KAMI ni ialah kak Pika @ Saadiah @ Syikin @ Daina (nama terbaru) yg dgn rasmi tlh menamatkn usia 21 thnY pada 7 Januari yg lepas..dia ni katanya matang (menurut tuan empunya bdn la)..tp ntahla dmana kesahihanY tu..hahaha..kta tgk la tahun ni smada dia akn menunjukkn x kematangan dia tuh..lalala

kak daina meniup "api lilin" dgn gumbira;p


then bbrp hari yg lpas bsmaan ari sabtu 22 januari adalah ulangtahun kelahiran kak Rina la puloks aka PKU KAMI sem ni - smoga peningkatan usia menjadikan beliau lebih berdedikasi dlm mnjlnkn tggungjwb demi agama, bangsa & negara..wah!;p

kak nina & kak rina bergabung, meletops!!!


selang 2 ari kmudian, iaitu 24 januari (arini lah tu), giliran kak Nina plak potong kek (bebetol ptg kek ni, bukan memain)..katanya dia x suka potong kek sendiri, tp smbut bday org dia suka..motif? ekeke;p


3 dara pingitan -dr kiri; adik mira yg x cukop umo (bulan doblas..ololo..cian;p), kak nina & bakal "akak" azni;p


tp x abis lg taw..esok 25 januari, hari kelahiran kak atie lak menjelma..& akhir skali, kak azni pon tanak ketinggalan gak so dia memutuskn utk lahir pada 27 januari..hohoho

kek bday kak nina


so tamatlah kisah kelahiran d bulan januari..next kta tgu lah bulan2 seterusnya ye..adios

p/s: tema kek bulan januari ialah tiramisu -pengaruh drama tv3 ke? haha;p

Wednesday, January 19, 2011

pAdat


hai semua....
bertemu kembali........
post awal2 sem ni mesti nak cerita sikit perjalanan KAMI sem ni...
sem ni jadual hidup KAMI sgt PADAT....

tau dak??
kelas KAMI tiap2 ari sampai petang kecuali isnin...sampai 4.30...kerja pun banyak....

tau dak kami setiap hari malas sangat nak g kelas sebab tido bes oooooooooo...
tau dak kelas petang bosan........
bila bosan kami jadi macam ni .....
tapi disebabkan KAMI pelajar baik kami pergi kelas walaupun kadangkala terpaksa jadi seperti manusia di atas....

jadi nak cerita ckit subjek apa kami ambik sem ni...

  1. PSV 3109 - multimedia kreatif dalam PSV
  2. PSV 3110 - sejarah dan apresiasi seni
  3. EDU 3106 - Budaya dan Pembelajaran
  4. PJM 3112- Pengurusan PJ
  5. gerko - Olahraga
  6. BM 3114 - Pengajaran dan Pembelajaran BM

sem ni ada praktikum...
so doakan KAMI ya...semoga KAMI leh buat yg terbaik!!!

Monday, January 17, 2011

Si dia terlentang, mereka terkejar-kejar..

yuuuuuhuuuuuuuu!!! hai semua.. da lama sangat blog ni x di"update" kan. so hari ni saje la nak memeriahkan sket laman sesawang yang memang dah bersawang ni. bole ke tidak bole ke tidak bole ke tidak? wah gitu gamaknye ye.

papepun hari ni saje nak menyingkap sedikit sebanyak peristiwa hari ini yang x berapa nak bersejarah. pagi tadi time satu kelas ni, tuan komandan yang menyelia sesiap sound da awal2 nak buat kami "rasa malam nanti" - amaran awal: jangan pikir lain!!!! maka kelas pun dilangsungkan dengan pelbagai pergerakan yang sangatlah sedap (sedapkah?) tarik sana tarik sini, tunduk sana tunduk sini dan memacam lagilah. dok tuan komandan tgh bagi taklimat utk pergerakan seterusnya, shadap no shadap (diam x diam versi faizal ismail), tgk2 ada sorang perajurit ni da terkulai kaku da kat hujung padang nun.

tapi yang lagi best tu, ada la sahabat sorang ni da lama nampak si insan ni "seronok" baring kat atas rumput nan menghijau tu. tapi kerana kekudusan, dia dok boleh p tanya plak sahabat lain apalah si insan tu buat baring2 kat sana. sahabat lain ni pun boleh thn bagus jugak, sebab siap ada yang sangka si insan ni mokcik cleaner yg saja baring2 berehat bersantai berkelah dan yg sewaktu dengannya. alomak. selang beberapa minit jugaklah si insan ni berkelah sendirian di hujung padang tu bila akhirnya sahabat2 lain bergegas mendapatkan dirinya yang "dah merasa sebelum malam" - peringatan keras: jangan pikir lain!!!!

lpas tu, tuan komandan buat permainan depan belakang tukar pasangan pulak - sekali lagi: tolong jgn pikir bukan2 ok!!! permainan ni seronot jugak. kelam kabut dibuatnya semua si kami kami ni. sampai ada adegan kejar mengejar & siap tarik baju lagi! waaaah! nak dipendekkan cerita da jadi mcm ala2 filem hindustan ki kasam perigi cari timba hai dah (cantik x tajuk tu?). tinggal lagu je lagi xde berkumandang di arena padang berdaulat tu. haaa. nasib baik la tuan komandan ni memang very de sporting.

lepas kisah kelas tu, masuk kisah kelas lain la pulak. yg ni pasal sedikit isu dengan tuan komandan yang berkaitan semasa kelas minggu lepas. adalah kesahnya si tuan komandan ni mempertaruhkan kepercayaannya kepada semua perajurit mudanya untuk meneruskan perjuangan di lapang sasar lain sementara dia pergi mengadap. malangnya perajurit2 muda ni telah mengubah haluan ke lapang sasar lain dan hanya lalu ala2 singgah di lapang sasar yang telah ditetapkan. tengah perajurit2 muda ni dok khusyuk berjuang, tiba2 tuan komandan muncul dlm keheningan pagi tersebut.

tuan komandan tidaklah mengeluarkan amarahnya di tempat kejadian pada hari tersebut. tapi pagi ni, tup2 tuan komandan telah menghubungi timbalan ketua perajurit bg memaklumkan bahawa kelas esok xde, dengan pesanan "sembahyanglah banyak2". waaaaah, ada berbau sedikit ikan disitu. maka buat kami kami semua "sembahyanglah banyak2" ye.

panjang pulak diri ini merepek ye. sedangkan diri ini pun x diketahui pun identiti. haaaa. apapun ini bukan gossip girl mahupun blogger boy, tapi hanyalah katakami (ala2 japanese gitu). identiti sebenar: sape2 pun boleh^^

tammmmmmmat=p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...