Pembaca KAMI

Showing posts with label akem. Show all posts
Showing posts with label akem. Show all posts

Friday, February 12, 2010

TAHNIAH!!! JPP KAMI SESI 2010/2011!!!

maka dengan segala rasminya, KAMI dengan penuh rasa bangga dan berbesar hati ingin berkongsi berita gembira, bahawa kedua calon KAMI telah berjaya mendapat kerusi mereka dalam JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR kampus KAMI..yay!!! *standing ovation*

JPP KAMI


mereka yang dimaksudkan ialah En. Naif Mustakim dan Cik Siti 'Ataeya..so, tahniah diucapkan kepada kedua mereka..walopun pergerakan kempen yg agak alakadar *kalo nk banding ngn yg len2 yg agak meriah* & saingan yg agak sengit *calon pling ramai tuh*, & banner yg x jadik *hehehe..sabo ek ijat..xpe nxt time kte wat k*..namun selepas pihan raya yang berlangsung petang semalam, nmpknya undi tetap memihak kpd calon KAMI..so hrpnya, JPP kali ni x menghampakan la ye ek..sekian je la..n slamat bercuti sume..wassalam ^_^

p/s; cuti cuti gak, artwork jgn lupa..tsk tsk T_T

Thursday, November 19, 2009

Memperingati Ulang Tahun ke-23 Tragedi Berdarah Memali ( 19 Nov 1985 – 19 Nov 2008 )

As-Syahidin Allahyarham Ust. Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya)


Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).



Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.


Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.


Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.


Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.


Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.

Kanak-kanak dan wanita menjadi benteng pertahanan



Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.


Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.


Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.


Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.


Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur.” Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.


Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.


Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.


Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak.”


Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.


Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.


Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini, genap 23 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah.


Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.


Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.


Al-Fatihah Untuk Para Syuhada’ Memali

Syuhada Memali


" Jangan kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki"

- Ali Imran 169.


p/s: korang taip jek "Peristiwa Memali" kt tenet.....blambak2..

Thursday, September 24, 2009

...saTU hAri Di IPRM....













lenkali kalo ade mase ku wat lagi,hahaha...jgn mare ye kwn2,aku boring2 ni xde keje...hoho..peace...;p

Tuesday, August 25, 2009

AL-FATIHAH....

HARIAN METRO 25 JULAI 2009

Tiada baju buat ibu
Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my


GOMBAK: “Hati ini sedih terkenang hajat arwah yang ingin membawa pakaian baru untuk kami sekeluarga pada Syawal ini. Nampaknya hajat itu tidak kesampaian,” kata Normah Abdullah, 40-an, ibu kepada pelajar kejuruteraan, Mohd Hafifi Hazwan Mohd Adnan, 20, yang lemas di kolam renang Pusat Sukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, semalam.

Menurutnya, arwah ada menghubunginya pada waktu sahur hari pertama Ramadan lalu kerana itu adalah pengalaman pertama arwah berpuasa di kampus selepas mendaftar masuk di UIAM Julai lalu.

Norma berkata, dia mendapat panggilan telefon memaklumkan mengenai kematian anaknya itu daripada pihak pengurusan universiti pada jam 3.30 pagi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi semalam, mangsa dikatakan ke kolam renang yang terletak berhadapan dengan kolej kediamannya untuk mandi selepas bermain futsal.


Difahamkan, sebaik tiba di kolam, mangsa terus terjun ke dalamnya seorang diri sebelum beberapa rakan lain tiba.

Menurut rakan arwah yang mahu dikenali sebagai Hizad, pada pagi kejadian, dia bersama tiga lagi rakan baru selesai bermain futsal di gelanggang dalam kampus sebelum merancang mandi di kolam renang berkenaan.

“Arwah ketika itu menunggang motosikal berseorangan manakala kami menaiki dua motosikal lain dan tiba di kolam itu agak lewat.

“Setibanya kami di kolam renang itu, kami mendapati arwah menjerit meminta pertolongan selepas kakinya dikatakan kejang dalam kolam itu yang dalamnya 2.4 meter,” katanya.

Menurutnya, mereka cuba menyelamatkan arwah, namun disebabkan panik, gagal berbuat apa-apa lalu melaporkan kejadian kepada pengawal keselamatan.

Hizad berkata, dia dapat merasai kelainan pada diri arwah ketika mereka ke rumah rakan mereka di Kajang pada siang hari berkenaan.

“Saya pelik melihat arwah bersalaman serta memeluk erat ayah rakan kami itu selain dia juga memberi duit dan itu mungkin satu petanda arwah akan pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abd Rahim Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 3 pagi dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mangsa dipercayai tidak tahu berenang dan mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Jenazah mangsa disembahyangkan di Masjid Sultan Ahmad Shah (SAS) di UIA, sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung halamannya di Besut, Terengganu.

Mohd Hafifi Hazwan (1989-2009)

"Al-Fatihah buat sahabatku Mohd Hafifi Hazwan Mohd Adnan yang meninggal dunia pada 3 Ramadhan kira2 pkul 3 pg...arwah merupakan rakan sekelasku semasa di MRSM Kota Putra, Besut...smoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...aminnn..."

Saturday, August 22, 2009

Modified EXORA..

"EXORA"..rasanya x perlu diperkenalkan lg..memandangkan ini adalah keluaran pertama Proton dalam MPV, adalah lebih baik kita meluangkan masa untuk melihat serba sedikit pengubahsuaian yang boleh dibuat model baru berdasarkan EXORA ini..ini sekadar imaginasi artis sahaja..boleh bg kt proton terus nih,hehe..juz take a look..;)

exora sedan

sedan sport

Exora SUV

Exora Sport SUV

Wednesday, August 19, 2009

Proton MSX

ini adalah keluarga baru proton,PROTON MSX...juga dikenali sebagai Lotus APX..design ini adalah kerjasama antara Proton dan Lotus..model ini merupakan gabungan sport car n SUV..berkemungkinan besar ini adalah model SUV pertama Proton yang akan bersaing dengan model2 mewah SUV yang terdapt di pasaran sekarang seperti Nissan Murano,BMW X6 35i, Porche Cayenne S, Merc punya SUV n sama waktu dengannya la..enjin plak V6 3.0L..top speed?250kmph bai!!perghh,kaw2 punyerla!!harga plak cmne??mybe skitar RM100-150 ribu kot..sesuai dgn enjin 3.0 n design die yg mmg nmpak mcm RM300ribu mcm SUV mewah yg laen..so,wait n see..huhu

bahagian depan yg nampak garang lg sporty

lampu belakang ala2 caldina siot!!

meleleh beb!!

pandangan sisi

mmg cun..;)

pandangan atas

ok,stakat itu la dlu ye bsame ckgu akem..lenkali ckgu post lg psal kereta especially yg made in Malaysia punyer...i'm proud 2 be Malaysian..peace..=)

Wednesday, August 12, 2009

KAMUS EDISI AKIM

hahahhaa...
kita berpindah kepada saudara akim ye...
ni perkataan2nnya....

tarikh : 12/8 2009
tempat : bilik seni c0.3

  1. buku rujukan - buku jurukan
  2. mengamal - mengamil

pastu g kafe tersalah cakap agi..hahahaa..kawan2 dah menjerit2 ilah!!!cepat catat...so apa lagi simpan dalam kepala la....hahaha ni perkataan yg sudah dikeluarkan...

3. air cincau - air cincai

ni satu lagi perkataan yang akim cakap waktu kat "kape" tuh...

4. kurafat - jadi kirafah...

hehehe... edited by Intan!

Tuesday, August 26, 2008

3 serangkai

> > > Manusia: "Eh dah subuh dah?"
> > > Malaikat: "Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.."
> > > Syaitan: "Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni...awal lagi...zzzzzzzz"

> > > Manusia: "Nak makan, laparlah"
> > > Malaikat: "Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... "
> > > Syaitan: "Ahh, tak payahla... dah lapar ini!! Mmm..sedapnyaaaa"

> > > Manusia: "Hari ni nak pakai apa ye?"
> > > Malaikat: "Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat"
> > > Syaitan: "Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!"

> > > Manusia: "Alamak, dah lewat!"
> > > Malaikat: "Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.."
> > > Syaitan: "Ahhh awal lagi..mmm..aaahh? Suruh si X, punchkanlah"

> > > Manusia: "Azan sudah kedengaran.. ."
> > > Malaikat: "Wahai anak Adam, segeralah menunaikan kewajipan"
> > > Syaitan: "Baru pukul berapa..rilexlah. .awal lagi nieii"

> > > Manusia: "Eh, eh... tak boleh tengok ni, berdosa..."
> > > Malaikat: "Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!"
> > > Syaitan: "Perggghh.. best tu...rugi ooo kalau tak tengok nie.."

> > > Manusia: "Saudaraku sedang melakukan dosa"
> > > Malaikat: "Wahai anak Adam, cegahlah ia.."
> > > Syaitan: "Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh"

> > > Manusia: "Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain".
> > > Malaikat: "Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu.."
> > > Syaitan: "Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2..pandai2lah"

> > > Manusia: "Aku telah berdosa.."
> > > Malaikat: "Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun... "
> > > Syaitan: "Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali.rugila. ..(kalau sempatla ha ha)"

> > > Manusia: "Kalau pergi disko, mesti seronok!"
> > > Malaikat: "Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .."
> > > Syaitan: "Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh"

> > > Manusia: "Uuhhh letihnya arini..tak solat lagi nieee"
> > > Malaikat: "Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu tiang agama"
> > > Syaitan: "Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah) untukmu..."

> > > Sekarang anda mempunyai 3 pilihan:
> > > Manusia: "Patutkah aku biarkan testi ini?"
> > > Malaikat: "Ingatkan kawan yang anda kenal"
> > > Syaitan: "Tak payahlah sebuk2"

I LIKE THIS ONE...

Gincu, tumit tinggi haram di K. Bharu

Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengeluarkan larangan terbaru kepada pekerja Islam, antaranya tidak memakai gincu dan kasut tumit tinggi yang tidak mengeluarkan bunyi.
Yang dipertuanya Shafie Ismail berkata arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.Katanya lagi, lapor Bernama, muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.Jika hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah, katanya dalam pekeliling yang dikeluarkan kepada mereka yang bekerja mengendalikan semua premis dalam kawasan MPKB-BRI.Etika berpakaian yang perlu dipatuhi termasuklah memakai tudung labuh, tidak jarang dan menutup dada; memakai baju berlenganpanjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki.Shafie berkata mereka yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan kompaun seperti peruntukan Undang-Undang Kecil MPKB-BRI 1986 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dikompaun tidak lebih RM500.

AKU TAK NAK KOMEN BANYAK...TINDAKAN YANG BIJAK UNTUK MENAMBAH BAIK AKHLAK MUSLIMAH AMATLAH DI SOKONG. DAH HUKUM, WAJIB IKUT! TAK KENA SAMAN DI DUNIA, KORANG JAWAB LA KAT "SANA" NANTI...

Tuesday, July 8, 2008

pandangan lelaki

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

akem

renung2kanlah..

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan
bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
duri.
7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru
semakin erat berpegang tangan
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
kita semasa menderita
12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.
13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang
tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....
15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.
16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.
17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
akem
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...