Pembaca KAMI

Showing posts with label PENDIDIKAN PEDAGOGI. Show all posts
Showing posts with label PENDIDIKAN PEDAGOGI. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

faktor yang mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia
Kedudukan jauh daripada bandar/lokasi
Kekurangan dari segi infrastruktur
Kepercayaan masyarakat/gender
Ketidaksamarataan sosio-ekonomi
Kurang kemudahan kepada pelajar berkeperluan khas di sesetengah tempat
Sikap ibu bapa terhadap pendidikan anak
Jurang digital
Pencapaian murid
Kouta pengambilan
Keluarga
Biasiswa
Masalah peribadi


usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mewujudkan kesamaan peluang pendidikan di Malaysia.
Pendidikan percuma pada semua peringkat
Mengadakan kurikulumyang sama
Peluang diberi tidak mengira latar belakang murid
Menggunakan bahasa pengantar bahasa Mandarin & Tamil di sekolah jenis kebangsaan
Mengadakan sistempersekolahan yang sama
Memberi bantuan persekolahan kepada semua
Skim pinjaman buku teks
Sistembaucer tuisyen
Akta pendidikan

Perbezaan antara bangsa dan masyarakat


   Bangsa-Berkait dengan nasionaliti & semangat kebangsaan, iaitu orang-orang yg sama-sama berjuang utk mewujudkan sesebuah negara yg dianggap barn & merdeka. Sekumpulan orang yg mempunyai ciriciri kebudayaan, nilai & aspirasi yg sama, cth : Bangsa Malaysia.

  Masyarakat-Sekumpulan manusia yg hidup di satu tempat. Ikut peraturan, ada norms tertentu utk tingkah laku. Mempunyal sistem nlial yg sama & ada sistem kawalan social.  Berinteraksi antara satu dgn lain.Cara hidup, kebudayaan yg lebih kurang sama.  Mempunyal komltmen terhadap kebalkan masyarakat.

Wednesday, May 11, 2011

WEBSITE UNTUK EDU 3106

hai semua..kat sini KAMI ada  satu website memang memasukkan nota keseluruhan EDU 3106....
laman web dia ialah  http://kheru2006.i8.com/EDU3106/ . nota dalam ni memang lengkap macam buku siri pengajian profesional "BUDAYA DAN PEMBELAJARAN" oleh Syed Ismail bin Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon...

ni la buku tu......

sapa yg xda buku ni jangan risau...website ni dah mudahkan kita,... jadi untuk memudahkan anda KAMI dah masukkan link bab by bab...









KAMI mengucapkan terima kasih sgt dekat website ni sebab banyak membantu KAMI sem ni nak wat assigment, ISL dan sebagainya....

Tuesday, May 10, 2011

KONSEP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA


KONSEP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA
Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan  kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit , iaitu Buddayah

Namun, ada pendapat mengatakan perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) yang membawa maksud  kecergasan fikiran dan akal ,manakala Daya (Melayu) diertikan sebagai  kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.

Selain itu, kebudayaan pula ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir di mana ia  meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan

Berdasarkan Kamus Dewan (2007) , budaya ditakrifkan sebagai tamdun , peradaban, kemajuan fikiran , akal budi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai

Di samping itu, budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan orang samaada dari segi  pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang itu . Budaya merupakan warisan sosial  manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi.

Dalam  konteks pendidikan semasa , budaya dilihat melalui budaya  di sekolah yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah, murid  akan di didik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah.

Friday, November 12, 2010

Strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

strategi pengajaran dalam apa subjek pun sama kan...

jadi kat sini nak kongsikan strateginya...

note yang dimasukkan di rangka untuk strategi P&P PSV..walaubagaimanapun tetap boleh digunakan cuma ubah contoh dan masukkan contoh yang bersesuaian dengan subjek anda...


Strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV


Strategi merupakan suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Strategi yang yang terdapat dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual ialah :


i. Kemahiran Berfikir


kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencarikan makna dan pemahaman sesuatu serta menyelesaikan masalah. Kemahiran ini melibatkan pemikiran kritis dan kreatif semasa aktiviti P&P. Kemahiran yang digunakan seperti mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan yang berkaitan dengan kehidupan harian. Kemahiran ini di aplikasi dalam PSV dengan menggunakan pemikiran secara kritis untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluative. Selain itu, pelajar boleh menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif membantu mencerna dan menghasilkan idea asli yang yang bersifat generatif.



ii. Kemahiran Belajar cara belajar


Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.



iii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Strategi ini merupakan teknologi pengajaran yang berkesan berbantukan penggunaan ICT. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet. ICT di aplikasikan dalam PSV dalam bentuk berikut :

  • Mod Penemuan iaitu memahami sesuatu konsep seperti perisian simulasi
  • Mod resos iaitu aktiviti melalui internet , muat turun untuk mencari bahan.
  • Mod perhubungan ialah menghantar dan menerima e-mel
  • Mod sokongan seperti memproses perkataan , pereka bentuk grafik.



iv. Kajian Masa Depan



Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. Contohnya, murid diberi tugasan menghasilkan rumah idaman saya. Jadi murid akan berfikir jauh ke hadapan memikirkan rumah yang di inginkan apabila dewasa kelak.




v. Kecerdasan Pelbagai


Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Dalam P&P pendidikan Seni , kecerdasan visual ruang lebih difokuskan dimana murid perlu berkebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang , warna dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan visual secara ruang secara grafik.



vi. Pembelajaran Konstruktivisme


Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.



iv. Pembelajaran Kontekstual


Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. Melalui pembelajaran ini murid dapat memproses maklumat dan pengetahuan baru dengan cara bermakna. Contohnya, murid mengaplikasikan pengalaman melihat cara hidup di kampung nelayan untuk melukis suasana di kampung nelayan.



Vi – Pembelajaran Masteri


Pendekatan masteri merupakan pendekatan yang berfokus kepada penguasaan pelajar dimana murid-murid perlu memahami satu unit pengajaran dahulu sebelum berpindah kepada unit yang lain. Pembelajaran ini di aplikasikan dengan melalui pemulihan kepada murid yang lemah manakala murid yang sudah memahami pelajaran diberi pengayaan. Setelah semua murid dapat menguasai kemahiran yang diingini barulah berpindah kepada kemahiran lain. Contohnya, sebelum mengajar melukis guru menekankan terlebih dahulu teknik lakaran bentuk asas.


******diubahsuai oleh ilah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...