Pembaca KAMI

Showing posts with label PENDIDIKAN JASMANI. Show all posts
Showing posts with label PENDIDIKAN JASMANI. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

REFLEKSI PERMAINAN TRADISIONAL

Pada 25 April 2011 bersamaan dengan hari isnin yang lalu, satu pertandingan permainan Tradisional telah diadakan. Pertandingan Permainan Tradisional ini merupakan salah satu aktiviti di bawah subjek PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Pertandingan Permainan Tradisional ini dilaksanakan di bawah anjuran PISMP semester 5 ambilan Januari 2009. Aktiviti Pertandingan Permainan Tradisional ini telah diadakan pada waktu petang bermula jam 4 petang sehinggan jam 7 petang bertempat di Padang, IPRM. Pertandingan ini telah dijalankan dengan mempertandingkan beberapa pertandingan permainan tradisional iaitu ermpat buah peermainan pada pusingan pertama yang terdiri daripada permainan gasing, permainan guli, permainan berjalan dengan tempurung kelapa, dan permainan lari dalam guni. Pusingan pertama ini dijalankan dalam sistem Pertandingan Kalah Mati. Pada pusingan Separuh Akhir pula, empat pasukan yang mewakili empat unit akan layak untuk berentap dalam acara permainan baling selipar. Dan akhir sekali pada pusingan Akhir, dua buah pasukan iaitu dua buah unit kelas yang bertuah akan layak untuk merebut gelaran Juara dalam pertandingan permainan Galah Panjang.


pasukan yang dah semangat nak main berjalan dengan tempurung kelapa... intan, jaja, syamimi, azni, tasha dan ilah....

  Tapi bila dah sampai kat tempat permainan.. permainan terpakasa ditukar sebab tempurung kelapa yang dipilih tak dapat berfungsi dengan baik.. hahahaaa... sekali dia tukar dengan ketinting daaa...... maka... main ketinting la kami selama 2 minit secara berulang alik.... 


 Permainan seterusnya adalah main tuju guli.... sapa paling banyak boleh kuarkan guli dari dalam bulatan dikira pemenang... kelas kami diwakili oleh rina, lydia, atie, dan nina



rina dengan gayanya.......

 lydia... jaguh kampung la ni..

seterusnya adalah permainan lari dalam guni.. haha.. ni 'mencabar' nih.. kelas kami diwakili oleh  saiful, tia, pikah, e lyn, rafhan dan mira....

 

lompat saiful... jangan tak lompat....


  
 haaa... lari... lari pikah... jgn sampai jatuh...
  
 yeeearrgghh.. semangat rafhan... lompat.....


 hmmm... ni laaa jaguh lari dalam guni kelas kami...
mira ngan saiful....... ngee ^ ^




























satu lagi permainan adalan permainan gasing.. dalam masa 3 minit siapa yang paling banyak boleh pusingkan gasing kemudian diangkat dan sambut dikira pemenang.. kelas kami diwakili oleh ijad, suhaib, ah hoong dan akem. tapi tak dapat nak snap gambar diorang sbb diorang ni team paling awal dalam kelas kami yang main.. so.. terlepas pandang.. haha.. kecian..


ni budak2 dari kelas PKB..






amiroh.. jaguh kampung nih..

Kelas kami yang menanam azam berkobar-kobar untuk ke peringkat seterusnya terpaksa menggigit jari apabila hanya ketinggalan 2 mata dibelakang pasukan kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Akhirnya kami terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kelima. 














antara aksi wakil kelas PKB perempaun yang main baling selipar.












 budak dari kelas KS 2 dan kelas SC telah layak ke peringkat akhir dan lawan main galah panjang... 










haniff ngan syafiq aiman.............. aiyoooo..









walaupun kami terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kelima yang beza dua mata je ngan nombor empat.. tapi kami tetap juara... kamilah JUARA SORAK!!! YEAAAGGHH.... hheheehe....


 ni lah kami bila nampak kamera.. heheehe 

   


elianto.... 



Kamera man kami.... muhamad Suhaib.. hehe 

Kami semua.... we are together.......................................



Korang nak tau lagi pasal PERMAINAN TRADISIONAL???? Meh tengok sini....


Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.




Monday, February 14, 2011

Terseliuh.. ^_;_^

ditulis oleh : intan
terseliuh????
sape yang terseliuh??

selepas kami tamat melaksanakan pembelajaran tentang acaraa lontar peluru pagi tadi, lecturer kami bagutau, next week adalah hari untuk kami jalani pembelajaran tentang acara lompat jauh plak..

maka sebelum masa tamat, ramai la yang ingin mencuba dan 'membiasakan' diri dengan acara tersebut sebelum tiba minggu hadapan tuh.....

dalam seronok tengok kehebatan ah hoong, cipol, ijad n akem melompat menguji kehebatan, yang lain pun tak ketinggalan nak mencuba...

namun... tanpa diduga....
2 orang kawan kami ni telah jatuh Terpeleot... hehehe..
mereka ni adalah rina & rafhan....
diorang telah mendarat dengan kaki terlipat kebelakang... adehhh.... sakit kot.. huhu..

Rina baru lepas jatuh dan cuba "diselamatkan" oleh kawan.. lydia tengah urut dia.. yg baju kuning ni, encik Arshad, lecturer kami..


kat sini sebenarnya aku nak share sikit pasal ape yang aku.. sebab petang tadi, Rafhan datang jumpe aku nak urut kaki dia yang dah sedikit bengkak kat buku lali.. Rina pun sama...


betul ker terseliuh atau sprained ankle ni boleh diurut??????
hmm........

kecederaan terseliuh ni memang kita tak boleh nak elak kadang2 tuh.. lebih2 lagi dalam aktiviti sukan ni...

‘Ankle sprain’ merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen. Ia juga melibatkan struktur-struktur yang lain seperti saluran darah, saraf, tendon, koyakan pada otot dan boleh menyebabkan tulang patah (jarang berlaku). Kecederaan ini boleh berlaku apabila kaki terseliuh dalam keadaan ‘inversion, plantarflexion dan eversion’ samada ketika berjalan, berlari serta melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersukan dan sebagainya. Dalam aktiviti sukan misalnya, kecederaan ini kerap berlaku dalam keadaan sukan yang memerlukan lompatan (sepak takraw, bola keranjang) dan tukar haluan (bola sepak, ragbi). Walaubagaimanapun, kecederaan ini juga boleh berlaku akhibat daripada faktor-faktor persekitaran seperti permukaan tanah yang tidak rata, keganasan dalam sukan dan aksi yang terlampau agresif.




akibatnya.. orang yang terseliuh biasanya akan merasa sangat sakit pada buku lali dan susah berjalan.. dan seperti kebiasaan kita mesti akan urut kat bahagian yang cedera...

tapi dulu masa aku kat skolah, cikgu PBSM aku pernah cakap.. kalo terseliuh... JANGAN URUT!!!
'cikgu aku' tuh cakap, masa kita terseliuh, kapilari darah kita yang tengah tegang boleh tersimpul atau pecah.. sebab tu dia membengkak atau sedikit kebiruan....
jadi bila kita urut direct terus kat tmpat yang injured, ia akan memburukkan lagi kecederaan tuh... mungkin akan lebih banyak lagi kapilari darah yang pecah...

jadi apa cara terbaik nak rawat dia??? hmm.. cara dia kita kena put ICE on the injury...
ais akan melegakan bengkak.. tapi.. kena bubuh cepat2..... lepas kena terus letak ais.. jadi kapilari darah yang kembang akan segera mengecut...
macam kita tengok dalam perlawanan bola misalnya... kalo ada pemain yang sprained ankle ni, pegawai kesihatan akan cepat2 letak ais dan bukan urut...

tapi bila kita terlambat letak ais.. dan buku lali yang terseliuh tu dah membengkak atau orang cakap dah masuk angin... terpaksa lah kita urut jugak sikit demi sikit ( Macam yang dah terjadi pada Rafhan )... namun seeloknya.. kaki tersebut harus dibalut dengan bandage kemas2... dan kaki dibiarkan rehat.. tapi kat sini aku tak dpt nak cari bandage.. hehe..
.
Jadi, lepas ni, kalau sapa2 terseliuh... carik la ais. Yang aku pernah baca... lalukan satu bag kecik ais kat tempat injury. Lalukan pelan2... tapi maximum time 15-20 minit. Kalau lebih dari tu, silap aribulan buleh kena forstbite!


OK... ..lepas ni kalau kita nak wat aktivti jgn lupa bawak ais skali yer... ais kacang pun best gak.. lepas hbs boleh minum. hehehe..
k la.. hope maklumat ni berguna dan rina n rafhan dapat kembali jalan ngan normal tanpa terjengket2.. kalo nak urut ngan aku boleh datang bilik erk... ( perempuan sahaja). hehe..

k... daa..

LONTAR PELURU


untuk pembelajaran GERKO -OLAHRAGA pada hari ini, kami telah mempelajari kemahiran acara lontaran iaitu acara lontar peluru..

sepanjang pembelajaran hari ini, lecturer kami, Encik Arshad telah menunjukkan serba sedikit tentang teknik dan kemahiran asas lontar peluru dan menerangkan kepada kami tentang peratuean dan kaedah mengukur jarak pencapaian dalam acara ini..

lagak Lydia waktu sesi percubaan dan latihan..

cipol sambil di'sokong' pasukan sorak kat blakang tuh..

ijad..... 'spinning throw'

posing ngan peluru... hehe


SEJARAH

1. Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh.

2. Asal usul Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19.

3. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.

4. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru.

5. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta.

6. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896.Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904.

7. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang.

8. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.Peraturan dan pertandingan. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini.

9. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini.

10. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik.

11. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama.

12. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas.

13. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.

14. Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000.

PERATURAN DAN PERTANDINGAN

1. Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini.
2. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,semasa, dan selepas melakukan aktiviti.
3. Persediaan atlet,kekuatan tubuh badan, dan anggota lain terutamanya tangan,pinggang, dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.
4. Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa, dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.

terdapat beberapa jenis gaya yang boleh dipraktikkan untuk terlibat dalam acara ini..

GAYA 90 DARJAH / GAYA 1,2,3


1. Dalam gaya 90 darjah atau Gaya 1,2,dan 3,peserta Baling Peluru akan berdiri 90 darjah ke arah tempat membaling.Ini bererti peserta akan berdiri dengan bahu kirinya(untuk pembaling tangan kanan) di arahkan ke tempat membaling.
2. Tempat berdiri dalam bulatan-jika lunsuran digunakan,peserta akan berdiri di satu tempat hampir-hampir di belakang bulatan tetapi jika lunsuran tidak diguna ( dalam gaya berdiri),peserta akan berdiri hampir-hampir depan bulatan.
3. Selepas perdirian ditetapkan,peserta akan membenam peluru kerusok tengkuknya atau pun ia akan menempatkan peluru betul-betul di bawah dagunya.Pada waktu ini,keberatan badan adalah di kaki belakang atau di kaki kanan.
4. Kaki kiri atau kaki depannya pula adalah dalam keadaan yang “relax” .Tangan yang tidak memegang peluru juga dalam keadaan yang “relax” tetapi dibengkok sedikit di siku dan ditempatkan di depan paha kiri atau diangkat dan dibengkok di hadapan badan.Keadaan ini ialah untuk menimbang badan.
5. Kedudukan tapak kaki-tapak kaki belakang adalah dalam lebih kurang 45 darjah menghala kebelakang dan tapak kaki depannya pula adalah lebih kurang selari dengan garisan tengah bulatan.

LUNSURAN : ( GAYA 90 DARJAH/ GAYA 1,2,3

Lunsuran dilakukan bila peserta mula berdiri di belakang bulatan.Lunsuran dilakukan seperti berikut:

1. Membongkokkan badan atau merendahkan kedudukan badannya.sebagai persediaan melunsur.
2. Semasa badan direndahkan,badan juga mengilas kebelakang sedikit,sambil kaki bebas pula,dihayun atau diterajang ke belakang untuk membolehkan kaki kanan melunsur ke depan.
3. Semasa lunsuran berlaku,peserta diingatkan supaya tidak menegakkan badan.
4. Sebelum lunsuran berhenti badan seharusnya mula mengilas sebagai persediaan membaling.
5. PERINGATAN : Lunsuran sepatutnya dilakukan lurus ke depan.

MEMBALING

1. Pergerakan melunsur tadi diteruskan dengan licin dan serentak dengan tekanan dari kaki lunsuran dan tolakkan tangan yang memegang peluru hinggalah badan terangkat dan terdiri di atas kaki lunsuran(di depan sekarang) dan pada masa yang sama juga peluru dipandu keluar tangan.
2. Kedudukan badan yang melenting ke belakang,kepala terlanggut dan tekanan kaki lunsuran yang kuat tadi akan menghasilkan satu penerbangan peluru ke atas dan ke depan dalam satu bentuk “parabola” yang cukup berkesan.
3. Perkara yang betul-betul boleh menghasilkan balingan yang baik ini ialah kejayaan mencantumkan pergerakan lunsuran dan balingan dengan balingan dengan penuh kelicinan serta pula teknik pergerakan yang pertama hinggalah peluru berlepas tangan.

SELEPAS MEMBALING

1. Disebabkan tekanan kaki lunsuran tadi,maka badan akan terangkat sehinggalah kaki lunsuran terangkat ke depan.
2. Pergerakan ini yang sebenarnya ialah membolehkan peserta menimbangkan dirinya supaya ia tidak terlajak ke depan hingga terkeluar bulatan atau terpijak lengkong penampan yang di depan atas garisan bulatan.
3. Disamping pergerakan ini berlaku,tangan bebas dan tangan yang membaling juga akan diguna untuk membantu menimbang badan.Kepala yang melanggut semasa balingan tadi terus melanggut memerhatikan penerbangan peluru hinggalah peluru mendarat di tempat balingan.

tengok gaya yang Ijad buat ni.. lecturer kami cakap, ijad telah menggunakan teknik O'Brien... iaitu satu teknik balingan gaya belakang.....


1. Gaya O’Brien adalah satu lagi gaya membaling peluru dan gaya ini adalah dianggap satu gaya yang terkemuka dan saintifik.Sebagaimana yang telah diterangkan awal-awal tadi,gaya ini mendapat namanya disebabkan seorang peserta yang namanya sendiri O’Brien.

2. Gaya ini juga dikenali sebagai Gaya membelakang sebab perdirian persediannya adalah dalam keadaan membelakang ke arah tempat membaling.


PERDIRIAN PERSEDIAAN

1. Peserta akan mengambil tempat dalam bulatan hampir-hampir disebelah belakangnya dan ia akan berdiri membelakang ke kawasan membaling.

2. Pesera tangan kanan akan berdiri di atas kaki kanannya dan kaki kirinya pula direnggang ke belakang dalam jarak 10 hingga 14 inci jauh bergantung kepada tinggi badannya.

3. Tangan kanan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu atau pun ditekapkandi rusuk leher.

4. Tangan bebasnya pula akan diangkat ke atas melebihi paras kepalanya.

5. Kepalanya tegak memandang ke depan.


LUNSURAN

1. Bongkokkan badan supaya kaki belakang atau kaki bebasnya terangkat ke paras pinggang.
2. Pada masa ini kaki depan atau kaki perdirian akan dibengkok di lutut dan dalam masa yang sama atau serentak kaki ini juga akan dilunsur ke belakang(mengundur) terus ke depan bulatan untuk kilasan membaling.

3. Semasa melunsur peserta mestilah kekalkan kedudukan badan yang rendah dan kaki yang melunsur hendaklah sentiasa rapat di atas muka bumi.
4. Kesalahan biasa : ramai peserta tidak melunsur ke belakang tetapi mereka melompat ke depan.


KILASAN MEMBALING

1. Lunsuran dan kilasan mestilah satu pergerakan yang bersambung dan licin.Ini bererti bahawa peserta tidak berhenti selepas lunsuran tetapi ia akan terus mengilaskan badannya sebelum tamat lunsuran.

2. Perbuatan tersebut akan memberi lajak dan tekanan yang berlebihan untuk mencapai balingan yang cukup kuat dan kencang.


BALINGAN DAN SELEPAS MEMBALING

1. Teknik dalam bahagian ini adalah sama sahaja seperti teknik dalam Gaya 90 darjah.




OK.... sekarang mari kita tengok aksi2 balingan sebahagian rakan-rakan kami nih.. tapi tak dapar nak masukkan semua.. lambat sangat nak upload.. hehehe..

Ah hoong...

rina....

syamimi..

Natasha...

intan...

akem...

Friday, February 11, 2011

PERMAINAN TRADISONAL..tak lapuk ditelan zaman!!

sem ni kami amik subjek pentadbiran dan pengurusan pendidikan jasmani...jadi dalam tu ada la bab pengurusan permainan tradisional..jadi dalam bab ni kami akan belajar apa itu permainan tradisional,pengurusan , perancangan dan pengelolaannya..jaid kami perlu mengetahui jenis-jenis sistem pertandingan,sistem undian,dan sebagainya...jadi sekarang apa kata kita tahu serba sedikit mengenai permainan tradisional...


" Menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu seperti dalam kes masyarakat kita permainan gasing, wau dan dam menjadi permainan tradisional."

terdapat pelbagai jenis permainan tradisional ni...contohnya...
  • galah panjang
  • teng-teng
  • aci sorok
  • cari cucu/nenek sibongkok
  • konda kondi
  • batu seremban
  • gasing
  • guli
  • jala itik
nak tau cara permainan ni semua klik la disini
http://malaysiana.pnm.my/03/03pengenalan.htm

Masyarakat kita masih lagi memainkan permainan ini tetapi semakin lama semakin dipinggirkan terutama oleh masyarakat muda di negara ini yang terlalu mengutamakan permainan moden...walaupun masyarakat diluar sana semakin melupakan permainan tradisional tapi tidak bagi KAMI...


jadi kelas PJ pada petang jumaat diserikan dengan gelak ketawa sekumpulan remaja yang kembali kepada zaman kanak-kanak riang...bermain melupakan keperitan hidup wah!!permainan pertama adalah tuju kasut..tapi disebabkan tak da selipar kami gunakan kon..fleksibel kan..biasalah cikgu perlu bijak menanggani masalah.....


ni proses mencabut undi

nak cabut undi banyak caranya..antaranya adalah
  • tepuk daun
  • berbisik
  • cabut bilah lidi
  • ram-ram rip
  • melambung benda/atau alatan
  • meneka benda dalam genggaman
  • lambung duit.....

bagi menentukan giliran bermain kami menggunakan cara"wan to som"

kumpulan 1 yg diketuai oleh tasya...memulakan permainan

ijad dari kumpulan 2...bersemangat!!

cipol...semangat mengangkat tangan untuk mendapatkan bola..mesti nak tuju rafhan ni...

kumpulan 2..berbangga dapat membina semula susunan kon

kumpulan 1..penat mematahkan ketangkasan kumpulan 2

giliran mereka

ha!!ni la lecture kami..en latfi..sporting kan..dia pun bermain..dia main rounders dengan budak kelas PK...kami bahagi 2 permainan

go encik!!

di sebabkan dah penat main tuju kasut a.k.a tuju kon..kami main pula aci duduk/tat duduk/aci ligan...berbeza panggilannya...yang pasti cara permainannya seorang akan mengejar rakan-rakan yang lari bertempiaran..sekiranya dia menyentuh rakannya orang tersebut akan mendapat giliran mengejar mangsa..permainan ni dimainkan sampai bosan/penat


ni nak menentukan sapa yang kena jadi...atau mangsa yang bakal dibuli...


disebabkan tenaga untu berlari kami ni dah berkurangan kami pun berehat...sambil berehat masa lapang diisi dengan perkara berfaedah seperti ini!!!


bersantai di padang.....seronok!!

landing lagi....
membentuk bulatan
friendship forever n ever
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...