Pembaca KAMI

Showing posts with label PENDIDIKAN SENI VISUAL. Show all posts
Showing posts with label PENDIDIKAN SENI VISUAL. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

WEBSITE UNTUK PSV3109

hai kawan!!susahkan nak dapatkan nota PSV..jadi KAMI dah jumpa satu website yg sesuai untuk mendapatkan rujukan PSV 3109.. ini dia website tu.... 

web  ni  milik  pensyarah dari Jabatan Teknologi Pendidikan , IPG Kampus Tuanku Bainun iaitu Dr Hj Sajap Maswan....


ok...anda klik ja link kat atas anda aku jumpa page ni..kat situ ada part PSV3109 Multimedia Kreatif dalam Pendidikan Seni Visual....bawahnya ada la segala bagai tentang subjek ni dari proforma sampai la nota....jadi tugas anda senang saja klik n download...semua nota dalam bentuk powerpoint...

p/s : terima kasih kepada page sajadstudio.info atas bahan yang amat berguna kepada KAMI dan rakan-rakan seluruh ipg...kami mohon halalkan ilmu yang kami ambil ini...aminnnn

Wednesday, May 11, 2011

Teori Pengalaman Pelbagai Edmund Burke Feldman


Berdasarakan terori pengalaman pelbagai Dr Edmund Feldman , terdapat 4 alngakah dalam proses kritikan seni iaitu :

  1. deskripsi
  2. analisis
  3. interpretasi
  4. penilaian
1)    Deskripsi
  • Pada peringkat pertama ini, apresiasi dilakukan dengan memberi gambaran nyata tentang sesuatu iaitu berdasarkan apa yang dilihat  Gambaran berdasarkan apa yang dilihat termasuk elemen sensori seperti warna , garisan ,bentuk dan ruang atau dalam erti kata lain penekanan diberikan kepada unsur seni.
  • Penekanan diberikan kepada asas seni reka
  • Pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya seperti imej dan bentuk pada karya seni tampak
  • Elemen asas seni reka dinilai dan dikupas
  •   Pemerhatian tentang imej benda, subjek kajian dan penggunaan unsure-unsur seni dinilai dengan mendalam
  • Kritikan deskripsi boleh dijadikan panduan dan rujukan serta membantu pengkarya.
  • Melihat pada gaya karya , contohnya gaya realistic, suruelistik dan lain-lain.

2)    Analisis
  • Maksud :
  • penyelidikan atau penghuraian seperti masalah dan keadaan untuk mengetahui pelbagai aspek komposisi yang digunakan secara terperinci dan mendalam

Ciri-ciri:
  • Pengkrikitik perlu menganalisis komposisi yang digunakan dalam sesebuah karya,
  • Menganalisis secara terperinci untuk mengetahui bagaimana prinsip-prinsio seni digunakan dan dihubungkan dengan proses dan teknik, imej atau bentuk, isi dan makna serta bentuk dan ruang dan mencari pertalian persoalan idea dan perasaan mendalam sesebuah karya.
  • Contoh, fokus dan penegasan imej imbangan antaranya ruang dan warna
  • Kesesuaian objek dalam objek
  •   Kontra dan imej
3)    Interpretasi
  • Maksud : tafsiran ,penjelasan memperihalkan tentang makna, tujuan , implikasi bagi sesuatu perkara. 
  •  Ciri-ciri :
    • Mengkaji kualiti ekspresif seniman
    • Mengkaji makna yang disampaikan melalui karya
    •   Merujuk kepada penyataan perasaan
    • Melibatkan mood dan idea dalaman
    • Penyataan perasaan digunakan untuk menterjemahkan maksud dan makna karya seni

4)    Penilaian
  • Maksud : renungan tentang kebaikkan atau masalah bagi sesuatu perkara sebagai dasar bagi sesuatu keputusan melalui perhitungan dan pemerhatian.
  • Berbentuk memberi pandangan , pendapat dan membuat keputusan terhadap sesuatu karya.
  • Pandangan yang diberikan berdasarkan penilaian ilmiah yang mempunyai bukti-bukti kajian yang lengkap dan terperinci.
  • Pandangan yang diberikan tidak bersifat peribadi
  • Pertimbangan berbentuk formalism, ekspresivisme dan instrumentalisme.
  •   Pertimbangan dari sudut formalism ialah berasaskan aspek keindahan
  • Ekspresif adalah keupayaan menyampaikan perasaan dan idea.
  • Instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai satu alat dalam konteks seperti institusi , masyarakat dan negara,

Monday, February 7, 2011

MARI MEMBUAT KEK

ini lanjutan daripada kisah en ketam suka makan kek..perasan tak kek yang en ketam dah makan tu adalah kek span..span tu span basuh pinggan tau..nampak macam real tak kek tu...kek ni sebenarnya dihasilkan oleh kumpulan 4 iaitu ilah ,jaja, pika n ati untuk subjek multimedia dalam pendidikan seni..kami dikehendaki menghasilkan multimedia interaktif menggunakan MS Powerpoint..jadi dalam tu kena selitkan lah video,audio foto dan pelbagai media..kami juga dikehendaki memilih satu set pengajaran membentuk dan membuat bina..ni kira ABM la..jadi kumpulan ini telah memilih untuk membuat kek...untuk merakam video proses perlu dihasilkan satu persatu..



bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek ni murah je...
  1. span basuh pinggan
  2. tisu
  3. white glu
  4. gunting
  5. pembaris
  6. akrilik/pelaka/poster colour
  7. hiasan tambahan
cara penghasilan pula :

langkah 1 : amik 2 span n ukur menjadi segi tiga...kemudian gunting mengikut ukuran

langkah 2 : lekatkan kedua2 span...kemudia letakkan gam pada bahagian atas span

langkah 3 : gumpalkan tisu dan gamkan pada bahagian atas span untuk dijadikan toping..
gumpal menjadi bentuk bulat untuk menjadi buah ceri

langkah 4 :mengecat/meletakkan icing or cheese or kesan khas.

jadi ni la hasil kek yang telah kami hasilkan...

black forest

cake orange
blueberry cheese cake

ni la empat kek yang telah dihasilkan

bear pun mau makan kek
untuk maklumat lanjut klik disini!!!

Tuesday, July 13, 2010

hari ni 13/7 KAMI masih meneruskan amali membentuk TOPENG dengan kaedah papier mache...KAMI kekurangan 4org ahli yg jadi wartawan di asea school game...so hnya ada 16 tentera yg meneruskan misi....

tema kali ini adalah "HAIWAN"

bahan-bahan yang digunakan untuk amali kali ini ialah..

surat khabar....
belon untuk membentuk rupa asas
gam
besen nak letak kertas
air untuk lembutkan kertas...


pika dengan lemah lembut mengoyak kertas
tasya memasukkan air kedalam besen berisi kertas untuk lembutkan kertas
hahaa...tiup belon ke apa ar...

ahong guna botol sebgai bentuk rupa asas

rafhan n elyn..ntah apa yg dibuat...
macam kenduri lak...pembelajaran di luar kelas...tampalnya idak..posing je lebih...apa korang buat ni weh...klu la mknan kan?spa mau makan?

posing lak..akim menjadi seekor kumbang disitu...

ni plak video insan2 yg sedang wat preparation kenduri kat luar kelas...
enjoy it....





seperti biasa..hasilnya xmampu disiapkan untuk masa sehari..so nntikan karya agung KAMI ya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...