MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
• Reka corak didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif.
• Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.
• Mencipta reka corak melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.
• Reka corak terdapat dalam seni bina, hiasan dalaman, lanskap, kraf dan sebagainya.
CETAKAN
• Cetakan kayu mula dihasilkan di negeri China.
• Redza Piyadasa, Juhari Muhammad Said, Chew Teng Beng dikenali sebagai artis seni cetak di Malaysia.
• Cetakan timbulan, cetakan stensil, cetakan lithografi dan cetakan intaglio adalah jenis cetakan yang biasa dihasilkan oleh artis.
• Kaedah dalam cetakan terdiri daripada kaedah turisan, gurisan asid, akuantin dan mesotin.
RESIS
• Reka corak resis didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang berkait rapat dengan penggunaan media berasaskan air dan minyak.
• Reka corak resis boleh menghasilkan corak terancang dan corak tidak terancang.
• Reka corak resis memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.
• Mencipta reka corak resis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.
• Teknik mencanting dalam batik adalah satu kaedah membuat corak resis.
IKATAN DAN CELUP
• Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan.
• Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil.
• Teknik ikat dan celup dalam batik juga dikenali sebagai batik pelangi.
• Haji Che Su b. Ishak adalah antara tokoh batik yang terkenal di Malaysia.
• Garam digunakan sebagai bahan penyerapan.
• Jenis kain yang biasa digunakan ialah kain kapas, sutera dan organza.
LUKISAN
• Lukisan merupakan bentuk seni halus tertua sekali.
• Manusia melukis sebelum menulis.
• Terdapat tiga asas teknik melukis iaitu teknik lorekan ton, melakar garisan, titikan dan gosokan.
• Corak dalam lukisan berkait dengan minda, emosi dan perwatakan.
• Leonardo da Vinci adalah pelukis terkenal zaman Renaissance di Itali.
• Teknik lukisan memberi kesan terhadap lukisan yang dihasilkan.
ANYAMAN
• Anyaman adalah kraf tradisional bermotif yang bersumberkan bahan tumbuhan.
• Anyaman kontemporari boleh dihasilkan daripada pelbagai bahan alternatif dengan motif yang lebih bebas.
• Pilih, layur, jangka, lurut dan rendam adalah proses penyediaan bahan dalam anyaman berasaskan pandan / mengkuang.
• Terdapat dua bentuk anyaman iaitu 2D dalam bentuk hamparan dan 3D dalam bentuk bongkah.
PUALAMAN
• Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono di mana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit.
• Ia merupakan sejenis catan yang tidak bersatu antara air dan minyak. Bahan yang berasaskan minyak akan terapung di atas permukaan dalam semua arah mengikut aliran bahan tersebut.
• Corak pualaman menarik sebagai kulit buku.
CATAN
• Catan adalah suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan perasaannya, membuat interpretasi pandangannya ataupun merakamkan gambaran yang dirasai atau dilihatnya dalam bentuk imej visual.
• Lukisan Mesir purba adalah catan yang mempunyai corak tersendiri tentang kepercayaan dan agama.
• Corak dalam catan boleh terbentuk secara terancang dan tidak terancang.
• Corak dalam catan terbentuk kesan daripada kemahiran artis menggunakan media dan teknik.
MOZEK
• Rekaan mozek adalah satu bentuk kreativiti artistik yang dapat menghasilkan corak yang menarik.
• Reka corak mozek boleh diaplikasikan sebagai hiasan dalaman dan lanskap.
• Mencipta reka corak mozek melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.
RENJISAN DAN PERCIKAN
• Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan.
• Bentuk kreativiti artistik dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif.
• Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.
• Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.
No comments:
Post a Comment