HARIAN METRO 25 JULAI 2009
Tiada baju buat ibu
Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my
GOMBAK: “Hati ini sedih terkenang hajat arwah yang ingin membawa pakaian baru untuk kami sekeluarga pada Syawal ini. Nampaknya hajat itu tidak kesampaian,” kata Normah Abdullah, 40-an, ibu kepada pelajar kejuruteraan, Mohd Hafifi Hazwan Mohd Adnan, 20, yang lemas di kolam renang Pusat Sukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, semalam.
Menurutnya, arwah ada menghubunginya pada waktu sahur hari pertama Ramadan lalu kerana itu adalah pengalaman pertama arwah berpuasa di kampus selepas mendaftar masuk di UIAM Julai lalu.
Norma berkata, dia mendapat panggilan telefon memaklumkan mengenai kematian anaknya itu daripada pihak pengurusan universiti pada jam 3.30 pagi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi semalam, mangsa dikatakan ke kolam renang yang terletak berhadapan dengan kolej kediamannya untuk mandi selepas bermain futsal.
Difahamkan, sebaik tiba di kolam, mangsa terus terjun ke dalamnya seorang diri sebelum beberapa rakan lain tiba.
Menurut rakan arwah yang mahu dikenali sebagai Hizad, pada pagi kejadian, dia bersama tiga lagi rakan baru selesai bermain futsal di gelanggang dalam kampus sebelum merancang mandi di kolam renang berkenaan.
“Arwah ketika itu menunggang motosikal berseorangan manakala kami menaiki dua motosikal lain dan tiba di kolam itu agak lewat.
“Setibanya kami di kolam renang itu, kami mendapati arwah menjerit meminta pertolongan selepas kakinya dikatakan kejang dalam kolam itu yang dalamnya 2.4 meter,” katanya.
Menurutnya, mereka cuba menyelamatkan arwah, namun disebabkan panik, gagal berbuat apa-apa lalu melaporkan kejadian kepada pengawal keselamatan.
Hizad berkata, dia dapat merasai kelainan pada diri arwah ketika mereka ke rumah rakan mereka di Kajang pada siang hari berkenaan.
“Saya pelik melihat arwah bersalaman serta memeluk erat ayah rakan kami itu selain dia juga memberi duit dan itu mungkin satu petanda arwah akan pergi buat selama-lamanya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abd Rahim Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 3 pagi dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Mangsa dipercayai tidak tahu berenang dan mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.
Jenazah mangsa disembahyangkan di Masjid Sultan Ahmad Shah (SAS) di UIA, sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung halamannya di Besut, Terengganu.

Mohd Hafifi Hazwan (1989-2009)
"Al-Fatihah buat sahabatku Mohd Hafifi Hazwan Mohd Adnan yang meninggal dunia pada 3 Ramadhan kira2 pkul 3 pg...arwah merupakan rakan sekelasku semasa di MRSM Kota Putra, Besut...smoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...aminnn..."