Pembaca KAMI

Tuesday, October 18, 2011

Mimpi Yang Sempurna - Akustik - KAMI



tengok video diatas........tu lah KAMI....

semalam KAMI buat one perfomance sempena malam budaya anjuran PSB... disebabkan sem ni kami gerko persatuan so KAMI melibatkan diri........

yang besnya lagu diatas ala-ala akustik ni KAMI baru je berlatih pada sebelah paginya....pukul 10 baru dapat idea setelah idea lakonan bertajuk antara garisan tidak dapat dipersembahkan atas sebab-sebab tertentu.........then duduk2 memikir itu dan ini sampai la tercetus idea nak buat akustik ni........hasilnya yang diatas la....

semua melibatkan diri tau kali ni........

Gitar - Suhaib
Flute - Im
Tambourine - Azni
Lead Singer - Cypol
WonderGurls - Tasya, Mira, Rina, Nina, Ijat
group choir KAMI - Ah Hoong, Akem, E Lyn, Atie, Tya, Intan, Jaja, Pika, Ilah, Rafhan, Lady

ni lirik lagu MIMPI YANG SEMPURNA (PETERPAN)

mungkinkah bila ku bertanya
pada bintang-bintang
dan bila ku mulai merasa
bahasa kesunyian
salahkah aku yang berjalan
dalam kehampaan
terdiam, terpana, terbata
semua dalam keraguan
aku dan semua yang terluka karena kita
aku kan menghilang
dalam pekat malam
lepas ku melayang
biarlah ku bertanya pada bintang-bintang
tentang arti kita
dalam mimpi yang sempurna

macammana pun kami enjoy dengan persembahan kami.....tak kisah sangat suara sedap ke x..pandai main instrument ke x....yang penting KAMI 20 orang bersama..itu yang penting........KAMI enjoy dan bahagia bersama dalam menjalankan jalinan persahabatan ini...........

so lov u guys!!!

Saturday, October 15, 2011

RENTETAN SEBUAH JAJAHAN KESIBUKAN

TAMAT sebuah kesibukan…… Hari ini tanggal 14 Oktober 2011 kami BEBAS…….Akhirnya kemerdekaan milik KAMI… KAMI berjaya membebaskan diri dari semua kerja sukarela ni….Alhamdulillah syukur… Mari saksikan rentetan kesibukan KAMI mencurahkan sebuah usaha……..

Bermula dari sebuah dinding kosong  diatas sebuah bukit KAMI melakar….ni dinding court tenis...semua boleh agak la kan court ni brapa luasnya..yang pasti lebarnya 50 kaki....so kat sini kami buat figura ala2 grafik ckit...guna hitam + putih..then line kuning + biru......nak melukis ni KAMI terpakasa menggunakan teknik grid..so mula2 kami ukur dulu grid..then en mazlan lukis dan yang lain stat mewarna...so melukis n mewarna berjalan serentak supaya kerja lebih pantas......

so saksikan la gambar kami ni ye....



Friday, October 14, 2011

Hanya setahun lagi…



Sedar tak sedar dah 4 tahun setengah kita bersama…..
Hanya setahun lagi..
Kita bersama…..
Kemudian masing-masing keluar mencorak kehidupan sendiri….
Entah apa kan akan jadi pada kita semua…
Mungkin ada yang bertunang, kahwin, malah ada yang ada anak nanti…
Itu kisah 2 3 tahun selepas keluar…
Kalau dah 10 tahun apa akan jadi…mungkin ada gak beralih arah jadi pensyarah mungkin…..

Kawan…
Lagi setahun lagi kita bersama….
Di penghujung perjuangan ni  kita asyik mengimbas kenangan lama…
Dari minggu orentasi sehinggalah sekarang…
Ada yang dimarah…digertak…..mengalir air mata ketakutan…
Ada yang jatuh…bukan jatuh menyembah bumi..malah jatuh hati….
Itu baru kisah orentasi…..

Kisah zaman persediaan….
Ada yang bermasam muka…
Ada yang terasa sana terasa sini…
Sampai sesi luahan rasa menjadi penutup segala ketegangan….
Ala-ala sesi pengadilan kan masa tu….
Macam di mahkamah pun ada…
Ada yang marah, kecewa,terasa,terguris…
Tapi semua tu berhasil sampai bercucuran air mata membasahi pipi…
Tapi Alhamdulillah semua tu air mata keinsafan…
Yang membawa kita membina ukhuwah yang lebih utuh…

Dah masuk tahun 1…
Semua dah  matang, kacak dan bergaya…
Makin senior la katakan…
Perangai tetap dengan kecoh dan riuh rendah..
Masa ni ahli kita makin bertambah…
Ada seorang puteri menggenapkan kita menjadi 20….
Lengkap menjadi sebuah keluarga berayah dan beribukan pensyarah disini…..

Dah masuk tahun ke-2 …
Terus matang….kacak dan bergaya…
Bertambah-tambah senior….
Macam-macam kenangan dicipta…
Dari hingusan dah mula tunjuk belang…
Bertambah senior kan…
Junior dah bercambah….

Dah masuk tahun ke-3…
Dah berwibawa..berdedikasi….berwawasan..
Dah jadi guru katakan..
Tapi guru praktikum…
Dah macam-macam pengalaman kita dapat kan…
Dari sekolah yang cantik..buruk…besar kecil..
Cikgu yang baik..cantik..sombong…peramah …malas…semua ada…
Murid pulak macam-macam..
Dari yang bijak,nakal,malas hinggalah yang busuk…wangi….
Kita redah ja kan..
Asalkan lulus praktikum…
Biar bersengkang mata tulis “diari” untuk mengajar…
Kita tak pernah kisah..
Walaupun sebenarnya kita sebenarnya MALAS….
Tapi demi LULUS atau mungkin A kita kejar semua tu….

Lagi setahun lagi…
Ayuh kawan-kawan kita ciptakan segala kenangan yang indah…
Mari kita lakarkan senyuman…
Mari kita guriskan kenangan
Mari kita warnakan persahabatan
Biar menjadi lukisan teragung dalam hati kita...
Agar menjadi ikatan yang kukuh selamanya…… 

p/s : ini bukan puisi bagai ye... contengan sajo.....

Saturday, October 8, 2011

Luahan rasa KAMI….



Hari tu KAMI dah kena buat mural di court tenis..dah setel yang tu KAMI kena lagi buat mural di depan gate utama IPG…hurmmmm….inilah kepentingan budak PSV di IPG mungkin…KAMIlah mencorakkan bangunan yang suram….
Tapi KAMI agak runsing kenapa KAMI je dipilih sedangkan di IPG ni kami ada 4 batch….adakah ini satu DISKRIMINASI…

Bila Tanya pensyarah senang je jawabnya….
Dah pensyarah percayakan korang….awak boleh diharap…
Ok fine…
Thanks for that…..

Ayat itu memang mampu menyedapkan hati orang mendengar tapi belum mampu membasuh hati KAMI semua….

Dalam rela paksa KAMI akur menggalas tugas ini…
Ya….
Sekali lagi kami kena buat mural….
bukan mural…kaum adam di kelas KAMI terpaksa men”design”  banner, billboard n pelbagai lagi…masalah “reject”,,”redo” dah muak dah ..
pagi, petang malah sampai ke malam…..
Harapan kami…inilah dinding terakhir yang menerima sentuhan kami…


Semoga usaha kami ini mendapat penghargaan dari semua pihak..bukan kami dahagakan pujian tapi kami  bosan dengan arahan serta komen dari orang yang lebih matang dalam bidang seni ini..itu dan ini tidak kena…..

Semoga pengorbanan kami ni mendapat balasan yang lebih baik pada suatu hari nanti…
Walaubagaimanapun KAMI nak ucapkan terima kasih kepada pihak-pihak lain yang sudi menjenguk memberi semangat…..

Bukan nak merungut tapi sekadar berkongsi rasa…KAMI belum siap pun asignment..sedangkan due date dah lebih pun….kami korbankan lukisan figurative…BM….huhhh!!penat memikirkan semua ini….

Saturday, October 1, 2011

KAMI dan mural


tengok gambar di atas..semua kusyuk tengah buat mural..tekun kan....
nantikan ye full mural dari kami....

credit to Nina rajin mengedit gambar ni..

Friday, September 30, 2011

DAM DAM DUM BUNYI PERIUK PART III...


26 September 2011
DAM DAM DUM BUNYI PERIUK PART III...

kali kita ke masakan oriental....banyak kepada masakan cina la....

menu rakan-rakan kita pada hari ni ialah

  1. appetizer - Ladu goreng or lebih dikenali sbg wantan
  2. main dish - nasi goreng rumpai laut..
  3. sup - sup ABC
  4. dessert - poach pear , sup manis (tong shui) , muachi
  5. air - teh epal 
 
so,seperti biasa mari kita nikmati foto oleh KAMI


persediaan memasak 
ati n mira....tengah buat wantan
chef ijat
rafhan....semangat!!
wanita ayu...
ni yang sedang belajar di bilik alat muzik

sesi pembentangan/makan 

ijat membentangkan menu mereka
poach pear...TERBAIK!!!
Teh epal....bahan2..epal..lemon dan madu...kata nina minuman sihat sebab tanpa gula
sup ABC- bahan2 : kentang,lobak merah,stok ayam,air garam,daun sup

muachi...BEST!! - tepung pulut,bijan putih,minyak masak,gula,kacang  
juri jemputan ke ni??

hidangan pada hari tu
hidangan untuk semua..yang berbungkus tu la nasi goreng rumpai laut...


tahniah kepada kumpulan 3 banyak memperkenalkan makanan yang jarang dirasa oleh KAMI....

OK setel kelab masakan selama 3 minggu...dengan hanya bayaran rm10 ringgit seorang kami dapat makan semua makanan dari pelbagai budaya dengan kenyangnya....
hidangan semua meletup....


bye-bye...


sweet memory...

Wednesday, September 28, 2011

we play , we learn , we enjoy musics =)

hai semua!!

KAMI muncul lagi...
kali ni nak cerita pasal bakat budak-budak kelas...KAMI budak seni..seni lukis....tapi jangan tak tahu..seni muzik pun bagus tau....

tak caya?
tak caya sudah.....

kalau tak, macam mana kami dipilih jadi seni budaya kan...
so mari kita tengok bakat artis muda........

suhaib..memang berbakat la...

ahong..dah pandai main cak lempong

ijad....

tengok elyn..rock beb...

nina..comei...

akim pun..

kami santai...


mira...


no komen!!

eiiii..belasah kang!!



ni apahal lidah begini?

drummer

ahong bersemangat

we are sibling!

kami berbakat



cute!!

bye....

Tuesday, September 27, 2011

OPEN HOUSE-EN NIK

hai semua!!!
25 Julai 2011-sabtu


sempena raya ni KAMI dapat jemputan ke umah terbuka en nik..so merayap la KAMI ke bandar sri putra....perjalanan tak da la jauh sangat dalam 40 minit rasanya....tapi xsemua yang ikut..sebabnya masing-masing ada hal..biasala kan hujung minggu...ramai balik rumah masing-masing....

hidangan utama kat sini adalah nasi dagang..memang bes la...ada macam-macam lauk..siap ada ikan keli dan talapia yang dibela sendiri oleh en nik...

tq en nik untuk jemputan ni...

so korang layan je la gambar ni ye...









ok bye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...