Pembaca KAMI

Monday, November 9, 2009

Motivasi

1. Baron mendefinisikan motivasi sebagai proses internal yang mengaktifkan, memberi panduan dan mengawal tingkah laku sepanjang masa.
2. Motivasi adalah kuasa atau tenaga yang menggerakkan seseorang supaya bertingkah laku dan ia diarahkan bagi mencapai sesuatu matlamat.
3. Tenaga yang menggerakkan seseorang supaya bertingkah laku itu timbul daripada keperluan atau desakan dalaman bagi mencapai matlamat.
4. Menurut Santrock (2001), motivasi adalah faktor yang menggerakkan manusia supaya bertingkah laku dan penentu kepada tujuan yang ingin dicapai oleh tingkah laku tersebut. Menurut beliau, tingkah laku yang terhasil daripada motivasi adalah bertenaga, mempunyai hala tuju dan berterusan sehingga tercapai matlamatnya.
5. Motivasi dibahagikan kepada dua iaitu:-
· motivasi intrinsik
· motivasi ekstrinsik


Motivasi Intrinsik
1. Motivasi intrinsik adalah berasaskan andaian ahli psikologi kognitif dan humanistik bahawa sesuatu tingkah laku adalah hasil dorongan dalaman.

2. Faktor-faktor motivasi intrinsik ialah ciri-ciri sahsiah, pengalaman lampau, keperluan, keinginan, orientasi matlamat, konsep kendiri, harga diri, kecekapan diri, ramalan mengenai kejayaannya, ingin tahu, minat dan peneguhan kendiri.
3. Apabila pelajar mempunyai motivasi intrinsik, mereka tidak perlukan ganjaran atau denda. Ia merupakan kecenderungan hakiki untuk menghadapi dan mengatasi cabaran semasa melakukan sesuatu yang diminati.
4. Dalam kehidupan seharian, aktiviti yang kita lakukan boleh dilihat dalam satu kontinum bermula dengan aktiviti yang kita tetapkan sendiri sehingga aktiviti yang ditentukan oleh orang lain.
5. Pakar psikologi pendidikan berpendapat bahawa pelajar itu bermotivasi sekiranya ia mencuba, memberi perhatian kepada pelajaran atau tugasan, bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hasilnya, faham dan ingat apa yang sepatutnya dipelajari.



Motivasi Intrinsik

1. Motivasi ekstrinsik adalah berasaskan pendapat Thorndike dan Skinner yang mengatakan bahawa seseorang pelajar digerakkan supaya bertingkah laku hasil dorongan luaran seperti mendapat hadiah atau menggembirakan kedua ibu bapa.
2. Motivasi ekstrinsik termasuk peneguhan, ganjaran, maklum balas, pujian, insentif, ekspektasi orang lain terhadapnya dan ciri-ciri baik yang disebutkan oleh orang lain.
3. Motivasi ekstrinsik mendorong kita melakukan sesuatu untuk mendapat gred yang baik atau ganjaran, mengelak dari didenda dan menyukakan guru.


Meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar:-
1. Menimbulkan minat untuk belajar – guru perlu sampaikan pengajaran yang diminati pelajar – teknik bercerita.
2. Mengekalkan rasa ingin tahu – uji kaji di makmal, simulasi, permainan dan lawatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...