Pembaca KAMI

Friday, February 25, 2011

Batu seremban & congkak


aktiviti pada 18 feb 2011

disebabkan padang IPRM menjadi pusat program pembangunan sukan bola sepak , jaid kami tak boleh menjalankan aktiviti permainan tradisional di luar kelas..jadi aktiviti di jalankan dalam kelas iaitu main batu seremban dan congkak.

sebelum tu..apa kata kita kenali dulu apa tu batu seremban.............

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan.

maklumat lanjut mengenai permainan ini klik sini ya!!!

http://malaysiana.pnm.my/03/0302batu_seremban.htm




semangat bermain!!
wanita ayu!!


ati..jaguh kampung....tak berapa nak jaguh!!


kelas PKB

selain daripada, batu seremban kami juga jalankan aktiviti bermain congkak

kita kenali juga apakah congkak :

Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.

Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu

untuk maklumat lanjut layari :
http://malaysiana.pnm.my/03/0305congkak.htm


sempat lagi!!!

jadi itu ja nak cerita tetang aktiviti KAMI!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...