Pembaca KAMI

Monday, February 7, 2011

Kegarisan...Sedia...PENG!!!

alkisahnya, time klas gerko pagi td, KAMI tlah menjalani ujian @ penilaian bagi kemahiran perlepasan trek & larian pecut..bidang ni termasuklah pemasangan starting block, posisi badan ketika di starting block, perlepasan dan teknik larian pecut, sehinggalah kepada penamat larian..

kalau nak diikutkan memamng banyaklah tata tertib dan disiplin yang perlu diikuti dari penyediaan, perlepasan dan larian tersebut..tapi malaslah pulak nak merungkai smua 2 kat sini..jst bagi secara general je lah ye..

ketuk ketuk


langkah pertama adalah pemasangan starting block..bila nak pasang mende alah ni, memula kita kena ukur tempat letak starting block tuh dr garisan perlepasan..tp ni ikut jenis starting block gak..klu yg KAMI guna ni yg jenis D.I.Y pnya, khas utk kegunaan di padang je lah..ukuran ni bergantung kepada keselesaan pelari..tp scr teori, KAMI diajar menggunakan kiraan 3 tapak kaki dr garian perlepasan..starting block diletak dibahagian tapak kaki yang ketiga, lurus menegak di tengah2 trek larian..

kegarisan..*jgn pandang lama2!!!*


bila starting block dah dipakukan & tapak pelancar *x pasti lah nama sebenarnya..ekeke* dah diset dgn baik, boleh lah digunakan utk perlepasan larian..dlm perlepasan ni sgt mementingkan posisi badan..posisi 1st sekali ialah kegarisan *mcm yg kita biasa tgk kt tv time sukma, sukan sea, asia, komanwel, olimpik & etc 2 lah*..bagi posisi ni pelari akan meletakkan kaki di atas tapak pelancar starting block yg dah disetkan tuh..manakala bg tangan, kedudukan jari adalah di blkg garisan perlepasan & jarak bukaan antara kedua tangan adalah 2 jengkal..time ni pelari akan melutut mcm dlm gambo 2 lah

sediaaaaaaaaaa.......


then sedia..bg kedudukan sedia, pelari akan menaikkan backside - yg ni penting..aras backside @ dlm bahasa yg lebih jelas, bontot adalah lebih tinggi drpd aras kepala..so lutut td yg mencecah tanah 2 akan diangkat..& pelari x perlu melihat kehadapan time nih..time ni gak, kaki akan mula menolak tapak pelancar bagi membina momentum untuk perlepasan..

PENG!!!! *ah hoong - larian gumbira;p*


lpas tu, tentulah detik yg paling mendebarkan iaitu detik PENG!!! ataupun mula..bila mula ni *terpulanglah mcmna larian 2 dilepaskan sama ada menggunakan pistol ke, wisel ke* pelari akan melancarkan diri mereka..wah..momentum yg dah dibina time sedia td 2 la yg akan menentukan kelancaran perlepasan pelari 2..kalau betul tekniknya, awal2 lari je pelari akan terus pickup la kiranya..& bagi larian pecut ni plak, teknik larian pun penting..

antara teknik yg penting dlm larian pecut ni ialah, larian menggunakan hujung kaki @ tippie toe..so time berlari, hanya bhgian depan tapak kaki akan menyentuh permukaan trek..then semasa larian, lutut diangkat sedikit tinggi & tangan dihayun scr menyilang

aku menang..aku menang..akulah yg menang..hohoho


akhir sekali of cos la penamat..bg penamat ni, posisi badan pelari adalah mendada dan direndahkan sedikit..tp x terlalu rendah & x melompat apb smp ke garisan penamat..yg ni bg keselamatan la bg mengelak kehilangan keseimbangan bdn..& yg paling penting, pelari perlu terus mengekalkan kelajuan sehingga melepasi garisan penamat sbb bila plari da set utk lari hanya sehingga ke garisan penamat, kelajuan pelari biasanya akan scr automatik berkurangan apb mendekati garisan penamat..

weee..akulah pemenang gaya larian terhebat..miahaha XD


yg ni plak contoh larian yg paling bergaya yg tlah ditonjolkan oleh ahli kami iaitu Mira..hehe..siap dgn senyuman gituh..hoho;p..klu ikutkan ada lg aspek lain mcm jenis2 perlepasan bergantung jenis larian tp x mampu lah dirungkaikan lagi..ekeke

hidop KAMI ^_^


& akhir sekali..inilah KAMI yg memperagakan jersey rasmi baru unit KAMI..santek x? hehe..mekaceh ye akem atas usaha bg jersey ini..sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...