Pembaca KAMI

Monday, February 14, 2011

Terseliuh.. ^_;_^

ditulis oleh : intan
terseliuh????
sape yang terseliuh??

selepas kami tamat melaksanakan pembelajaran tentang acaraa lontar peluru pagi tadi, lecturer kami bagutau, next week adalah hari untuk kami jalani pembelajaran tentang acara lompat jauh plak..

maka sebelum masa tamat, ramai la yang ingin mencuba dan 'membiasakan' diri dengan acara tersebut sebelum tiba minggu hadapan tuh.....

dalam seronok tengok kehebatan ah hoong, cipol, ijad n akem melompat menguji kehebatan, yang lain pun tak ketinggalan nak mencuba...

namun... tanpa diduga....
2 orang kawan kami ni telah jatuh Terpeleot... hehehe..
mereka ni adalah rina & rafhan....
diorang telah mendarat dengan kaki terlipat kebelakang... adehhh.... sakit kot.. huhu..

Rina baru lepas jatuh dan cuba "diselamatkan" oleh kawan.. lydia tengah urut dia.. yg baju kuning ni, encik Arshad, lecturer kami..


kat sini sebenarnya aku nak share sikit pasal ape yang aku.. sebab petang tadi, Rafhan datang jumpe aku nak urut kaki dia yang dah sedikit bengkak kat buku lali.. Rina pun sama...


betul ker terseliuh atau sprained ankle ni boleh diurut??????
hmm........

kecederaan terseliuh ni memang kita tak boleh nak elak kadang2 tuh.. lebih2 lagi dalam aktiviti sukan ni...

‘Ankle sprain’ merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen. Ia juga melibatkan struktur-struktur yang lain seperti saluran darah, saraf, tendon, koyakan pada otot dan boleh menyebabkan tulang patah (jarang berlaku). Kecederaan ini boleh berlaku apabila kaki terseliuh dalam keadaan ‘inversion, plantarflexion dan eversion’ samada ketika berjalan, berlari serta melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersukan dan sebagainya. Dalam aktiviti sukan misalnya, kecederaan ini kerap berlaku dalam keadaan sukan yang memerlukan lompatan (sepak takraw, bola keranjang) dan tukar haluan (bola sepak, ragbi). Walaubagaimanapun, kecederaan ini juga boleh berlaku akhibat daripada faktor-faktor persekitaran seperti permukaan tanah yang tidak rata, keganasan dalam sukan dan aksi yang terlampau agresif.




akibatnya.. orang yang terseliuh biasanya akan merasa sangat sakit pada buku lali dan susah berjalan.. dan seperti kebiasaan kita mesti akan urut kat bahagian yang cedera...

tapi dulu masa aku kat skolah, cikgu PBSM aku pernah cakap.. kalo terseliuh... JANGAN URUT!!!
'cikgu aku' tuh cakap, masa kita terseliuh, kapilari darah kita yang tengah tegang boleh tersimpul atau pecah.. sebab tu dia membengkak atau sedikit kebiruan....
jadi bila kita urut direct terus kat tmpat yang injured, ia akan memburukkan lagi kecederaan tuh... mungkin akan lebih banyak lagi kapilari darah yang pecah...

jadi apa cara terbaik nak rawat dia??? hmm.. cara dia kita kena put ICE on the injury...
ais akan melegakan bengkak.. tapi.. kena bubuh cepat2..... lepas kena terus letak ais.. jadi kapilari darah yang kembang akan segera mengecut...
macam kita tengok dalam perlawanan bola misalnya... kalo ada pemain yang sprained ankle ni, pegawai kesihatan akan cepat2 letak ais dan bukan urut...

tapi bila kita terlambat letak ais.. dan buku lali yang terseliuh tu dah membengkak atau orang cakap dah masuk angin... terpaksa lah kita urut jugak sikit demi sikit ( Macam yang dah terjadi pada Rafhan )... namun seeloknya.. kaki tersebut harus dibalut dengan bandage kemas2... dan kaki dibiarkan rehat.. tapi kat sini aku tak dpt nak cari bandage.. hehe..
.
Jadi, lepas ni, kalau sapa2 terseliuh... carik la ais. Yang aku pernah baca... lalukan satu bag kecik ais kat tempat injury. Lalukan pelan2... tapi maximum time 15-20 minit. Kalau lebih dari tu, silap aribulan buleh kena forstbite!


OK... ..lepas ni kalau kita nak wat aktivti jgn lupa bawak ais skali yer... ais kacang pun best gak.. lepas hbs boleh minum. hehehe..
k la.. hope maklumat ni berguna dan rina n rafhan dapat kembali jalan ngan normal tanpa terjengket2.. kalo nak urut ngan aku boleh datang bilik erk... ( perempuan sahaja). hehe..

k... daa..

2 comments:

Hannah Bronx said...

Ok thanks, now i know what to do bila kaki terseliuh, thanks for the info

Anonymous said...

Kalau budak kecik atau org dewasa kene gatal2 kulit. Jgn garu. Letak ais. InsyaAllah hilang rasa gatal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...