Pembaca KAMI

Saturday, May 21, 2011

BMM 3104.

KOLEKSI BAHAN BACAAN 

Koleksi bahan bacaan adalah semua bahan sumber maklumat bercetak yang diselenggara dan disimpan di Pusat Sumber Sekolah untuk digunakan oleh  pelajar dan guru. Koleksi bahan bacaan boleh diklasifikasikan kepada beberapa
kategori, antaranya adalah :
·  Buku Fiksyen
·  Buku Bukan Fiksyen ( Pinjaman )
·  Buku Bukan Fiksyen ( Rujukan )
·  Bahan Terbitan Berkala.
·  Bahan khusus.

BUKU FIKSYEN

Buku fiksyen merupakan karya sastera yang diterbitkan daripada rekaan atau khayalan seseorang pengarang. Buku fiksyen dapat diklasifikasikan mengikut bahasa, antaranya :

·  Buku Fiksyen Melayu
·  Buku Fiksyen Inggeris
·  Buku Fiksyen Cina
·  Buku Fiksyen Tamil
·  Buku Fiksyen Arab
 Kebiasaannya cerita- cerita yang terdapat dalam buku-buku fiksyen  adalah :
 ·  Cerita Sains
·  Cerita Nasihat
·  Cerita Dongeng
·  Cerita Khayalan
·  Cerita Binatang
·  Cerita Rakyat

BUKU BUKAN FIKSYEN
Buku bukan fiksyen terdiri daripada buku bukan fiksyen untuk pinjaman dan buku bukan fiksyen untuk rujukan. Buku bukan fiksyen pinjaman merupakan buku-buku bukan fiksyen yang diberi pinjam kepada pengguna. Buku bukan fiksyen rujukan  adalah buku-buku yang digunakan untuk rujukan sahaja dan tidak dibenarkan dipinjam oleh pengguna. Semua buku bukan fiksyen dikelas dibawa sepuluh bidang utama iaitu :
·  Karya am
·  Falsafah
·  Agama
·  Sains Kemasyarakatan
·  Bahasa
·  Sains Tulen
·  Teknologi
·  Kesenian
·  Kesusasteraan
·  Sejarah & Geografi


BUKU RUJUKAN 

Buku-buku  rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk
mencari maklumat tentang sesuatu perkara, antaranya maklumat tentang
makna perkataan, sesuatu kejadian, peristiwa, berita, fakta, butiran tentang
tempat, data dan sebagainya. Buku rujukan terdiri daripada :
  a. Buku Rujukan Umum
  b. Buku Rujukan Am
  c. Buku Rujukan Khusus
  d. Bahan Khusus

BUKU RUJUKAN UMUM

Buku rujukan umum merupakan buku-buku bacaan tambahan serta memenuhi
keperluan-keperluan pengajaran dan pembelajaran pelajar, berkaitan dengan
mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di sekolah dan memenuhi kehendak
kurikulum. Buku rujukan umum terdiri daripada buku-buku ilmiah.

BUKU RUJUKAN AM

Buku-buku rujukan am memberi maklumat umum dan berguna untuk semua
orang. Ia berguna untuk  rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam. Di
antara buku rujukan am adalah :
  a.  Almanak
  b.  Atlas
  c.  Direktori
  d.  Ensiklopedia umum
  e.  Gazetir
  f.   Kamus umum

BUKU RUJUKAN KHUSUS

Buku-buku rujukan khusus memberi maklumat semasa secara terperinci,     
mendalam dan khusus untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja. Ia     
mengandungi maklumat terperinci mengenai satu cabang ilmu sahaja. Di
antara buku rujukan khusus adalah :
  a. Abstrak
  b. Bibliografi khas
  c. Biografi Individu
  d. Ensiklopedia Khusus
  e. Buku Glosari  
  f.  Buku Indeks
  g. Buku Istilah
  h. Kamus khusus

BAHAN KHUSUS

Bahan khusus  merupakan bahan yang diterbitkan berdasarkan sesuatu perkara
atau bidang khusus. Di antara bahan khusus adalah :
  a. Kertas Seminar
  b. Pekeliling
  c. Tesis
  d. Maklumat perangkaan

KOLEKSI BUKU MALAYSIA
Koleksi buku Malaysiana terdiri daripada buku-buku yang diterbitkan di Malaysia, ditulis oleh warga Malaysia, mengenai Malaysia sama ada diterbitkan di dalam atau di luar Malaysia.
 
KOLEKSI BUKU NADIR   
 Koleksi buku nadir terdiri daripada buku-buku lama yang diterbitkan sebelum 1900 atau terbitan yang jarang atau sukar didapati. 

BAHAN TERBITAN BERKALA
Bahan Terbitan Berkala merupakan bahan yang diterbitkan secara berkala atau bersiri. Bahan-bahan ini mungkin diterbitkan seminggu sekali, sebulan sekali, setahun sekali atau mengikut jangka masa tertentu. Di antara bahan terbitan    berkala adalah :
·  Buletin
·  Jurnal
·  Laporan Tahunan
·  Majalah
·  Risalah
·  Surat khabar

ABSTRAK
 Abstrak adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu perwakilan yang lepas dan ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gaya penulisan yang sama dengan dokumen yang asal. Abstrak digunakan adalah untuk membantu pembaca :
·  Menilai isi kandungan sesuatu dokumen dan   potensi kesesuaiannya.
·  Membuat nota dan catatan yang berkesan
·  Tentang bahan semasa.
·  Dalam penyampaian laporan.
·  Dalam pemilihan dokumen yang sesuai dan mengumpulan maklumat yang dikehendaki 

ALMANAK

Almanak merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat  perangkaan. Ia juga merupakan kalender tahunan yang mengandungi senarai haribulan dengan maklumat lain seperti terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan dan ramalan cuaca. Almanak digunakan untuk mendapatkan maklumat perangkaan atau fakta mengenai bidang-bidang tertentu dengan cepat dan mendalam.

BIBLIOGRAFI
Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan bercetak yang disusun mengikut nama pengarang, judul atau subjek dan disusun dalam  susunan berabjad. Ia terdapat dibahagian akhiran sesebuah bahan penerbitan bercetak. Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan tahun diterbitkan. Bibliografi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
 ·  Bibliografi di bahagian akhiran buku.
·  Bibliografi  jilid khas atau buku.

Tujuan menggunakan Bibliografi adalah untuk :

·  Memudahkan pembaca mencari buku rujukan lain  yang berkaitan dengan isi kandungan buku yang telah dibaca.
·  Menggalakkan pembaca membuat rujukan tambahan .
·  Untuk memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan tanpa mengetahui dengan lengkap setiap butiran  tentang sesuatu bahan. 

BIOGRAFI
Biografi adalah buku yang mengandungi koleksi maklumat mengenai riwayat hidup individu. Tujuan menggunakan buku biografi adalah :
 ·  Untuk mendapatkan maklumat tentang seseorang tokoh dengan lebih mendalam sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia. 

ENSIKLOPEDIA
Ensiklopedia merupakan bahan rujukan yang memuatkan maklumat luas tentang semua cabang ilmu pengetahuan yang pada umumnya disusun mengikut abjad. Ensiklopedia memuatkan semua tajuk tentang peristiwa atau fakta dan mampu menjawab persoalan tentang apa, bila, siapa, di mana, mengapa dan bagaimana kecuali hal -hal yang bersifat mutakhir. Penghuraiannya jelas dan kadang-kadang ia dilengkapi gambar-gambar dan ilustrasi bergambar untuk menjelaskan lagi maksud yang hendak disampaikan. 
Ensiklopedia terbahagi kepada dua jenis iaitu : 

 ·  Ensiklopedia umum
Ia terdiri daripada beberapa jilid yang mengandungi  maklumat am  tentang  perkara atau bidang tertentu. 

 ·  Ensiklopedia Khusus
Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungi   keterangan yang lebih khusus dan mendalam  bagi satu-satu perkara    atau bidang yang  berkenaan. 

 Tujuan menggunakan ensiklopedia adalah :
 ·  Untuk mendapatkan gambaran umum tentang sesuatu  perkara atau topik dengan merujuk ensiklopedia umum.
·  Untuk mendapatan maklumat mendalam tentang sesuatu  perkara atau topik dengan merujuk  ensiklopedia khusus.

GAZETIR
Buku gazetir memberi maklumat geografi dan data mengenai tempat-tempat atau lokasi. Ia tidak memberi definisi istilah-istilah geografi. Selain daripada maklumat geografi ia juga menyediakan maklumat berkenaan sejarah, perangkaan, kebudayaan dan fakta-fakta yang lain mengenai tempat-tempat. Gazetir disusun mengikut abjad. 

Tujuan menggunakan gazetir
Gazetir digunakan untuk mencari maklumat geografi, sejarah dan ekonomi    sesuatu tempat.

GLOSARI
Glosari merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataan tertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan. 

Terdapat dua jenis glosari iaitu:
·  Glosari yang terdapat pada halaman glosari di bahagian akhiran buku bagi buku bukan fiksyen.
 ·  Buku Glosari, sebuah buku khas yang menerangkan maksud perkataan-perkataan tertentu dalam bidang-bidang tertentu. 

 Tujuan menggunakan glosari 

·  Glosari memudahkan seseorang pembaca memahami maksud sesuatu perkataan atau istilah yang kurang jelas. 
·  Ia juga  mempercepatkan pencarian maklumat yang tepat supaya pembaca dapat memahami isi kandungan sesuatu buku tanpa merujuk kepada kamus.


INDEKS
 Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatu   maklumat seperti perkataan atau topik.
Tujuan Indeks
·  Memudahkan pembaca mengesan maklumat tertentu di dalam sesebuah buku yang dibaca.
·  Memudahkan pembaca merujuk di mana maklumat tertentu didapati.

Jenis-jenis Indeks
 ·  Indeks di bahagian akhir buku.
·  Indeks Jilid Khas.

ISTILAH
Perkataan yang mempunyai makna yang khas dalam sesuatu bidang ilmu   pengetahuan. 
 Tujuan menggunakan istilah :
 ·  Untuk  mendapatkan ejaan yang betul.
·  Untuk membuat terjemahan.
·  Untuk ketepatan penggunaan perkataan.

 Jenis Istilah
 ·  Halaman Istilah.
Halaman Istilah biasanya terdapat di bahagian akhiran buku.

 ·  Buku Istilah.
Buku Istilah merupakan buku khusus tentang sesuatu  istilah dalam  bidang    tertentu.

KAMUS
Kamus merupakan buku koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan seperti definisi, makna , asal-usul, sebutan, sukukata, tatabahasa,    penggunaan, dan kedudukan semasa dalam susunan berabjad. Kamus terdiri daripada beberapa jenis, antaranya adalah :
  a. Kamus umum ialah kamus biasa yang mengandungi maklumat   seperti :
- Makna sesuatu perkataan
- Cara menggunakan perkataan
- Ejaan yang betul

  b. Kamus Terjemahan                                                                              
Kamus jenis ini hanya memberi makna sesuatu perkataan dalam  satu bahasa ke bahasa yang lain.
  
c. Kamus Perkara Khas ( Kamus khusus )
Kamus ini memberi maklumat yang terperinci mengenai sesuatu       perkataan dalam sesuatu bidang tertentu.
 Tujuan menggunakan kamus adalah :
  a. Untuk mencari makna atau definisi perkataan .
  b. Untuk mengetahui asal-usul perkataan.
  c. Untuk mengetahui bagaimana sesuatu perkataan disebut.
  d. Untuk mengetahui jenis perkataan.
  e. Untuk menunjukkan cara menggunakan perkataan.
  f.  Untuk mengetahui ejaan yang betul.

Jenis-jenis bahan bacaan

Surat khabar
Memaparkan pelbagai isu semasa yang berlaku di dalam & luar negara.

Motivasi
Mempunyai kelompok pembaca tersendiri. Buku motivasi kebanyakannya menyelitkan tips serta arah tuju yang patut diteladani serta memberi panduan untuk menjadi lebih baik.

Majalah
Terdapat banyak jenis majalah di pasaran seperti teknologi, resipi masakan, automotif, dekorasi rumah, sukan, fesyen, gaya hidup, hiburan & sebagainya. Pengaruh gambar serta maklumat yang ditampilkan sesebuah majalah mempengaruhi pembaca.

Ekonomi
Menjadi petunjuk kepada pasaran ekonomi semasa, selain analisis pergerakan pasaran ekonomi negara & dunia.

Komik
Mudah mendapat tempat di pasaran. Lambakan komik dengan pelbagai tema seperti aksi perang, dramatik, perlumbaan kereta, selain komik kanak-kanak menjadi teman penghibur pada waktu lapang.

Novel
Paling mendapat tempat di pasaran. Kebanyakan novel yang menjadi pilihan masyarakat berkisar mengenai kekeluargaan, motivasi, masalah sosial, tragedi, seram & percintaan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...