APAKAH TEKNIK SQ3R ITU?
- Teknik SQ3R digunakan oleh guru untuk membimbing pelajar bagi meningkatkan kemahiran belajar pelajar.
- Pelajar dapat membaca secara kendiri bagi memperkukuh kemahiran berfikir .
- Ini semua dapat dilakukan dengan memberi penekanan kepada tinjauan
- Maklumat diperoleh melalui penyoalan.
- Pengukuhan maklumat dibuat dengan menyatakan kembali dan menyemak semula
APAKAH YANG BERLAKU PADA SETIAP PERINGKAT BACAAN?
1. Survey
Murid-murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahaman masing-masing. Mereka hanya memfokuskan terhadap bahan atau teks yang berkaitan tajuk utama, sub tajuk/tajuk kecil, gambar, symbol, ilustrasi, grafik dan pemenggalan teks.Teknik bacaan yang sesuai digunakan ialah teknik skimming dan scanning.
2.Soalan (Question)
- Pada peringkat ini, pelajar membina soalan daripada tinjauan yang telah dilakukan.
- Soalan boleh dibina dengan menggunakan prinsip 5W 1H iaitu
what (apa?),
when (bila?),
where (di mana?),
why (mengapa?),
who (siapa?)
how (bagaimana?).
- Dengan pertanyaan ini pelajar akan tertumpu kepada mencari jawapan bagi soalan-soalan yang dibina.
3. MEMBACA (READ)
Murid-murid menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati yang terkandung dalam teks. Soalan tersebut adalah berdasarkan perkara yang ingin diketahui oleh murid-murid tentang topik/isu dalam teks. Soalan tersebut juga adalah penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi di samping merupakan panduan kepada jawapan sebenar. Murid-murid akan mencari jawapan dan ramalan jawapan yang paling sesuai.
4. 4. RECITE (MENYEBUT/MENGULANG)
Setelah murid-murid membaca keseluruhan teks, mereka dikehendaki mengingat kembali kesemua atau sebahagian maklumat yang terdapat. Murid-murid perlu menyenaraikan maklumat yang berkaitan soalan atau tugasan sebelum dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks. Murid-murid juga boleh mengemukakan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat dalam teks serta membandingkan ketepatan jawapan masing-masing.
5. 5. REVIEW (MENYEMAK)
Pada peringkat ini, murid-murid dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis atau dicatat. Ini adalah peringkat untuk mengesahkan jawapan yang dikemukakan oleh murid-murid pada peringkat recite (menyebut/mengulang). Murid-murid perlu mempastikan bahawa semua bahagian sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Murid-murid sepatutnya tidak tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question (menyoal).
TUJUAN SQ3R
- Membolehkan pelajar membaca secara kritis.
- Meninjau perkara-perkara yang telah diketahui tentang bahan tersebut untuk dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar.
- Menarik minat pelajar untuk membaca perkara-perkara yang hendak diketahui.
- Mengenal pasti perkara-perkara yang telah dipelajari dan perkara-perkara tambahan yang belum diketahui lagi .
No comments:
Post a Comment