Pembaca KAMI

Tuesday, May 10, 2011

REFLEKSI PERMAINAN TRADISIONAL

Pada 25 April 2011 bersamaan dengan hari isnin yang lalu, satu pertandingan permainan Tradisional telah diadakan. Pertandingan Permainan Tradisional ini merupakan salah satu aktiviti di bawah subjek PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Pertandingan Permainan Tradisional ini dilaksanakan di bawah anjuran PISMP semester 5 ambilan Januari 2009. Aktiviti Pertandingan Permainan Tradisional ini telah diadakan pada waktu petang bermula jam 4 petang sehinggan jam 7 petang bertempat di Padang, IPRM. Pertandingan ini telah dijalankan dengan mempertandingkan beberapa pertandingan permainan tradisional iaitu ermpat buah peermainan pada pusingan pertama yang terdiri daripada permainan gasing, permainan guli, permainan berjalan dengan tempurung kelapa, dan permainan lari dalam guni. Pusingan pertama ini dijalankan dalam sistem Pertandingan Kalah Mati. Pada pusingan Separuh Akhir pula, empat pasukan yang mewakili empat unit akan layak untuk berentap dalam acara permainan baling selipar. Dan akhir sekali pada pusingan Akhir, dua buah pasukan iaitu dua buah unit kelas yang bertuah akan layak untuk merebut gelaran Juara dalam pertandingan permainan Galah Panjang.


pasukan yang dah semangat nak main berjalan dengan tempurung kelapa... intan, jaja, syamimi, azni, tasha dan ilah....

  Tapi bila dah sampai kat tempat permainan.. permainan terpakasa ditukar sebab tempurung kelapa yang dipilih tak dapat berfungsi dengan baik.. hahahaaa... sekali dia tukar dengan ketinting daaa...... maka... main ketinting la kami selama 2 minit secara berulang alik.... 


 Permainan seterusnya adalah main tuju guli.... sapa paling banyak boleh kuarkan guli dari dalam bulatan dikira pemenang... kelas kami diwakili oleh rina, lydia, atie, dan nina



rina dengan gayanya.......

 lydia... jaguh kampung la ni..

seterusnya adalah permainan lari dalam guni.. haha.. ni 'mencabar' nih.. kelas kami diwakili oleh  saiful, tia, pikah, e lyn, rafhan dan mira....

 

lompat saiful... jangan tak lompat....


  
 haaa... lari... lari pikah... jgn sampai jatuh...
  
 yeeearrgghh.. semangat rafhan... lompat.....


 hmmm... ni laaa jaguh lari dalam guni kelas kami...
mira ngan saiful....... ngee ^ ^




























satu lagi permainan adalan permainan gasing.. dalam masa 3 minit siapa yang paling banyak boleh pusingkan gasing kemudian diangkat dan sambut dikira pemenang.. kelas kami diwakili oleh ijad, suhaib, ah hoong dan akem. tapi tak dapat nak snap gambar diorang sbb diorang ni team paling awal dalam kelas kami yang main.. so.. terlepas pandang.. haha.. kecian..


ni budak2 dari kelas PKB..






amiroh.. jaguh kampung nih..

Kelas kami yang menanam azam berkobar-kobar untuk ke peringkat seterusnya terpaksa menggigit jari apabila hanya ketinggalan 2 mata dibelakang pasukan kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Akhirnya kami terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kelima. 














antara aksi wakil kelas PKB perempaun yang main baling selipar.












 budak dari kelas KS 2 dan kelas SC telah layak ke peringkat akhir dan lawan main galah panjang... 










haniff ngan syafiq aiman.............. aiyoooo..









walaupun kami terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kelima yang beza dua mata je ngan nombor empat.. tapi kami tetap juara... kamilah JUARA SORAK!!! YEAAAGGHH.... hheheehe....


 ni lah kami bila nampak kamera.. heheehe 

   


elianto.... 



Kamera man kami.... muhamad Suhaib.. hehe 

Kami semua.... we are together.......................................



Korang nak tau lagi pasal PERMAINAN TRADISIONAL???? Meh tengok sini....


Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...