Pembaca KAMI

Wednesday, May 11, 2011

Teori Pengalaman Pelbagai Edmund Burke Feldman


Berdasarakan terori pengalaman pelbagai Dr Edmund Feldman , terdapat 4 alngakah dalam proses kritikan seni iaitu :

  1. deskripsi
  2. analisis
  3. interpretasi
  4. penilaian
1)    Deskripsi
  • Pada peringkat pertama ini, apresiasi dilakukan dengan memberi gambaran nyata tentang sesuatu iaitu berdasarkan apa yang dilihat  Gambaran berdasarkan apa yang dilihat termasuk elemen sensori seperti warna , garisan ,bentuk dan ruang atau dalam erti kata lain penekanan diberikan kepada unsur seni.
  • Penekanan diberikan kepada asas seni reka
  • Pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya seperti imej dan bentuk pada karya seni tampak
  • Elemen asas seni reka dinilai dan dikupas
  •   Pemerhatian tentang imej benda, subjek kajian dan penggunaan unsure-unsur seni dinilai dengan mendalam
  • Kritikan deskripsi boleh dijadikan panduan dan rujukan serta membantu pengkarya.
  • Melihat pada gaya karya , contohnya gaya realistic, suruelistik dan lain-lain.

2)    Analisis
  • Maksud :
  • penyelidikan atau penghuraian seperti masalah dan keadaan untuk mengetahui pelbagai aspek komposisi yang digunakan secara terperinci dan mendalam

Ciri-ciri:
  • Pengkrikitik perlu menganalisis komposisi yang digunakan dalam sesebuah karya,
  • Menganalisis secara terperinci untuk mengetahui bagaimana prinsip-prinsio seni digunakan dan dihubungkan dengan proses dan teknik, imej atau bentuk, isi dan makna serta bentuk dan ruang dan mencari pertalian persoalan idea dan perasaan mendalam sesebuah karya.
  • Contoh, fokus dan penegasan imej imbangan antaranya ruang dan warna
  • Kesesuaian objek dalam objek
  •   Kontra dan imej
3)    Interpretasi
  • Maksud : tafsiran ,penjelasan memperihalkan tentang makna, tujuan , implikasi bagi sesuatu perkara. 
  •  Ciri-ciri :
    • Mengkaji kualiti ekspresif seniman
    • Mengkaji makna yang disampaikan melalui karya
    •   Merujuk kepada penyataan perasaan
    • Melibatkan mood dan idea dalaman
    • Penyataan perasaan digunakan untuk menterjemahkan maksud dan makna karya seni

4)    Penilaian
  • Maksud : renungan tentang kebaikkan atau masalah bagi sesuatu perkara sebagai dasar bagi sesuatu keputusan melalui perhitungan dan pemerhatian.
  • Berbentuk memberi pandangan , pendapat dan membuat keputusan terhadap sesuatu karya.
  • Pandangan yang diberikan berdasarkan penilaian ilmiah yang mempunyai bukti-bukti kajian yang lengkap dan terperinci.
  • Pandangan yang diberikan tidak bersifat peribadi
  • Pertimbangan berbentuk formalism, ekspresivisme dan instrumentalisme.
  •   Pertimbangan dari sudut formalism ialah berasaskan aspek keindahan
  • Ekspresif adalah keupayaan menyampaikan perasaan dan idea.
  • Instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai satu alat dalam konteks seperti institusi , masyarakat dan negara,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...