Pembaca KAMI

Tuesday, May 10, 2011

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - TEATER PEMBACA

  • Teater pembaca melibatkan  pembaca membaca secara individu daripada skrip pendek.
  • Teater pembaca dikenali sebagaiteater mindakerana audiens dibiar untuk membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik daripada pembaca.
  • Skrip boleh berupa prosa naratif atau puisi.
  • Suara-suara dalam teks ditugaskan kepada pembaca yang berbeza.
  • Penekanan dilakukan pada suara, nada, intonasi, kadar, hentian dan tekanan.
  • Ketika murid-murid membaca, wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran dalam dimensi yang luas.
  • Melalui teknik teater pembaca, murid-murid membaca cerita dengan lancar.
  • Murid-murid juga menggunakan nada dan intonasi yang betul berdasarkan cerita di samping melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan tema cerita.
  • Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka.
  • Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid-murid yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita yang disampaikan berlaku di hadapan mereka.
  • Aktiviti teater pembaca memerlukan skrip pendek yang sesuai dan mengandungi dialog.
  • Pemilihan seorang murid sebagai pencerita untuk memulakan cerita dan menyambung jalan cerita adalah diperlukan hingga cerita tamat.
  • Murid-murid yang mengambil bahagian dikehendaki duduk atau berdiri dalam separuh bulatan di hadapan penonton. Pencerita pula berada di sebelah kanan penonton, manakala pelakon membaca cerita masing-masing
  • Terdapat dua cara untuk menjalankan teknik teater pembaca seperti yang dikemukakan oleh Kamaruddin Hj.Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1998), iaitu (a) pencerita berada dalam kelompok cerita dan (ii) pencerita berada di luar kelompok cerita.
  • Pencerita yang berada dalam kelompok cerita, membaca skrip sambil berjalan ke arah pelakon yang wataknya sedang dibacakan.
  • Pelakon tersebut akan berdiri apabila wataknya dibacakan.
  • Pencerita yang berada di luar kelompok cerita pula hanya membaca cerita dari suatu tempat lain.
  • Pelakon pula hanya akan bertindak balas dengan berdiri dan berlakon apabila skrip tentang wataknya dibacakan oleh pencerita.

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum...saye student upsi bley x saye nak tahu mcm mner cre nak buat skrip teater pembaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...