Pembaca KAMI

Tuesday, May 10, 2011

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA - LINGKARAN SOALAN

Lingkaran soalan yang sesuai digunakan oleh guru berupaya memantapkan penguasaan kemahiran membaca dalam diri murid-murid. Lingkaran soalan yang digunakan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca sewajarnya dijalankan berdasarkan pendekatan yang sesuai. Sehubungan itu, Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (187:160) telah mencadangkan empat pendekatan yang sesuai dijalankan dalam KBSR yang diistilahkan sebagai pendekatan A, B,C dan D. Setiap pendekatan ini mempunyai lingkaran soalan yang boleh digunakan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca.

PENDEKATAN A
  • Guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakannya, berbual tentang gambar dan menyerapkan isi pengetahuan daripada mata pelajaran lain.
  •   Guru seterusnya menunjukkan kad perkataan dan meminta murid menyebutnya.
  •   Murid diminta melekatkan kad perkataan pada gambar dan menyebutnya.
  •   Setelah guru mengenepikan kad gambar, murid diminta pula membaca kad perkataan.
  •   Guru turut menunjukkan kad-kad suku kata satu persatu untuk perkataan tadi misalnya, suku kata ba + ju.
 Akhirnya, guru membahagikan suku kata tadi pada huruf dengan menggunakan kad lain lalu meminta murid-murid membunyikan huruf-huruf itu, iaitu a (a), b (beh), u (u), j (jeh) = ba (ba) + ju (ju) = baju.

PENDEKATAN B
  •   Pada peringkat permulaan, dua huruf sahaja diperkenalkan kepada murid-murid, iaitu huruf m dan s.
  •   Tujuan pengenalan kedua-dua huruf ini adalah untuk menarik minat murid di samping mempastikan mereka memahami konsep bunyi huruf.
  • Guru seterusnya menunjukkan kad huruf m dan s lalu membunyikan kedua-duanya, manakala murid mengikut sebutan guru.
  •   Guru berulang kali menunjukkan kad huruf dan membunyikannya hingga murid dapat menyebutnya dengan betul.
  • Guru seterusnya meminta beberapa orang murid membaca bunyi huruf-huruf tersebut secara kumpulan dan individu contohnya, mu….ka, sa…ya.
PENDEKATAN C
Melalui pendekatan ini, Raminah Sabran dan Rahim Syam (1987:169-172) telah mengemukakan lapan langkah pelajaran yang berbeza. 

Sehubungan itu, lingkaran soalan yang boleh digunakan oleh guru adalah berdasarkan kelapan-lapan langkah pelajaran tersebut.

PELAJARAN 1 ATAU 2
  •   Guru memulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal, a, i, u .
  •   Kad imbasan digunakan untuk meminta murid membunyikan huruf tersebut beberapa kali secara berselang seli.
  •   Guru memperkenalkan bunyi satu huruf konsonan misalnya, k.
  •   Murid diminta menggabungkan bunyi konsonan dengan bunyi vokal supaya menjadi suku kata contohnya, ka ki ku.
  • Murid-murid diminta lagi untuk berlatih menyebutnya sebelum diminta mencantumkan suku kata tersebut untuk menjadi beberapa perkataan yang bermakna contohnya, ka+ki = kaki dan ku+ku = kuku. 
Murid-murid diminta menyebut perkataan tersebut berulang kali dan menggabungkannya menjadi frasa atau ayat yang bermakna contohnya, kuku kaki ku

PELAJARAN 3
  • Guru mengulang pelajaran lalu tentang bunyi huruf vokal a, i, u.
  •   Guru memperkenalkan pula satu atau dua lagi bunyi konsonan, iaitu b dan s.
  •   Guru meminta murid-murid melakukan latih tubi menyebut kedua-dua bunyi tersebut dengan menggunakan kad imbasan.
  • Murid-murid diminta mencantumkan bunyi huruf b dan s dengan huruf-huruf vokal a, i dan u agar menjadi bunyi ba, bi, bu, sa, si dan su.
  • Latih tubi dilakukan lagi sebelum murid-murid diminta mencantumkan suku kata tersebut menjadi perkataan misalnya, ba+ba = baba, bu+bu = bubu.
  •   Guru membina beberapa ayat dan meminta murid membacanya contohnya, ibu baba.
  •   Akhirnya, guru meminta murid membina perkataan dan ayat-ayat lain serta membacanya.

PELAJARAN 4
  • Guru boleh menggunakan huruf-huruf dan suku kata dalam pelajaran 1, 2 dan 3 untuk membina pelbagai perkataan dan ayat untuk meminta murid membacanya.
  •    Seterusnya, guru meminta murid mencantum suku kata contohnya, ka, ki, ku, ba, bi, bu menjadi beberapa perkataan dan meminta murid membacanya.
  • Guru turut membina beberapa ayat misalnya, Abu buka buku untuk murid-murid membaca.
  • Guru turut menggantikan perkataan Abu dengan perkataan lain misanya, baba atau ibu sebagai latih tubi murid.
  • Guru seterusnya meminta murid membaca ayat contohnya, ibu baba buka buku baba.

PELAJARAN 5
  • Guru memperkenalkan kepada murid-murid bunyi dua atau tiga konsonan lain misalnya, t, m dan d.
  • Guru meminta murid membina suku kata misalnya, ta, ti, tu.
  • Seterusnya, guru meminta murid membina perkataan misalnya, dada, muda, uda dan membacanya.
  •   Akhirnya, guru meminta murid membina frasa dan ayat daripada perkataan berikut misalnya, (i) dada dia budi ibu,           (ii) mata dia budi uda.

PELAJARAN 6
  • Guru meminta murid membina perkataan suku kata tertutup misalnya, du+duk = duduk, lalu membacanya.
  • Murid-murid seterusnya diminta membaca ayat-ayat lain dan cerita berkaitan misalnya, muka budak itu masam, budak itu sakit kaki, ubat sakit kaki tidak ada.

PELAJARAN 7
  •   Guru memperkenalkan bunyi tiga konsonan lagi misalnya, r, p, n.
  •   Guru dan murid mencantumkan bunyi-bunyi konsonan ini dengan bunyi-bunyi vokal, a, i, u.
  •   Guru meminta murid membina perkataan dan ayat-ayat baharu berdasarkan suku kata dan perkataan yang telah dipelajari dalam pelajaran ini dan pelajaran sebelumnya serta berlatih membacanya.

PELAJARAN 8
  •   Guru memperkenalkan bunyi vokal-vokal lain, iaitu o, e (pepet),e (taling).
  •   Guru meminta murid membina suku kata berdasarkan huruf vokal o misalnya, bo + tak = botak.
  •   Guru seterusnya membina suku kata dengan vokal e pepet dan e taling untuk membezakannya misalnya, emak dan esok.
  •   Guru meminta murid membaca beberapa frasa atau ayat misalnya, (i) kotak besar itu di situ (ii) ekor kuda.
  • Guru seterusnya meminta murid mencantum suku kata untuk menjadi perkataan atau ayat yang bermakna dengan menulisnya di papan putih dan murid membacanya.
  • Akhirnya, guru memperkenalkan lebih banyak huruf konsonan misalnya, l, g, h, f, j, c, y, z, w, q dan x serta memperkenalkan bunyi gabungan lambing huruf dalam ejaan misalnya, ng = bising, nga = bunga, sy (sya) = syarat, gh (gha) = ghaib dan ny = nyanyi.

PENDEKATAN D
  • Melalui pendekatan ini, guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakan serta berbual tentang gambar tersebut.
  •   Guru memperkenalkan nama huruf-huruf tunggal misalnya, b, a, j, u dan meminta murid menyebutnya.
  •   Guru meminta murid mencantum huruf b dengan huruf a dan menyebutnya serta huruf j dan huruf u dan membunyikannya.
  •   Seterusnya guru meminta murid mencantumkan kedua-dua suku kata dan menyebut perkataan, iaitu baju.
  •   Guru menunjukkan pula kad perkataan baju dan meminta murid menyebutnya.
  •   Guru mengulang untuk perkataan lain.
Akhirnya, guru menunjuk gambar dan perkataan yang telah dipelajari lalu bertanya, “Ini apa? kepada murid-murid

p/s : nota kuliah daripada Dr Faridah Nazir...

1 comment:

Anonymous said...

http://julina-debak.blogspot.com/2010/10/lingkaran-soalan.html Rujuk link ini untuk mengetahui maksud lingkaran soalan sebenar. TQ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...